Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anak Pun Kahwin Muda, Wanita Teruja Bergelar Nenek Pada Usia 34 Tahun

Seorang pempengaruh Singapura teruja bergelar nenek pada usia muda sekali gus bangga kerana menjadi ‘inspirasi’ kepada anak lelakinya berusia 17 tahun yang kini bergelar bapa.

Menurut satu laporan South China Morning Post, wanita berkenaan Shirli Ling, 34, melalui hantaran di Instagramnya @shirli_ling memberitahu dia baru mendapat cucu dan berjanji untuk sentiasa menyokong anaknya.

Foto: Sinar Harian

“Saya akan beri dia lebih banyak sokongan,” katanya.

Kongsi Ling, hasil daripada tiga perkahwinannya, dia mempunyai lima cahaya mata dimana anak pertamanya dilahirkan semasa dirinya berusia 17 tahun, dan kini mereka telah berusia 18, 17, 13, 10 dan lapan tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semasa kanak-kanak membesar, anda perlu terus memberitahu mereka, ‘Jangan seperti ibu, jangan berkahwin begitu muda.
“Tetapi semakin banyak anda memberitahu mereka untuk tidak, semakin banyak mereka akan melakukannya,” ujarnya.

Foto: IG @shirli_ling

Apabila diberitahu tentang kehamilan teman wanita anaknya, Ling membiarkan lelaki itu membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab selain bergurau kononnya telah “diilhamkan” olehnya untuk menjadi ibu bapa pada usia remaja.

“Apa yang perlu dilakukan, lakukan. Daripada memarahi anak saya, saya lebih suka menasihati dan memberikan lebih banyak sokongan,” tambahnya lagi.

Wanita berkenaan juga menegaskan bahawa dia tidak akan menggalakkan anak-anaknya untuk berkeluarga lebih awal, namun perkara paling penting ialah sentiasa bersama dengan anak-anak dan “mendidik dan membimbing mereka”.

Foto: IG @shirli_ling

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Ling mula dikenali ramai selepas penampilannya dalam filem komedi tentera Singapura, Ah Girls Go Army pada 2022.

Sumber: South China Morning Post

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd