Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak PM Dakwa Dibuli Pengguna Jalan Raya, Polis Cari Pemandu Proton Iriz

Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Ilham mendakwa dia menjadi mangsa buli seorang pemandu wanita di jalan raya hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, Nurul Ilham yang juga anak keempat Anwar memuat naik satu ciapan berbentuk video memaparkan cara pemanduan wanita tersebut yang berada di hadapannya.

Nurul Ilham berkata, kereta jenis Proton Iriz itu asyik menekan brek dipercayai tanpa sebab walaupun menggunakan lorong paling kanan.

“Saya biasanya tidak memuat naik perkara seperti ini, tetapi saya telah dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini berterusan menekan brek di lorong laju.
“Sangat bahaya dan saya ada anak berusia dua tahun bersama saya. Kereta itu berada di situ (laluan paling kanan) kira-kira satu minit sebelum dia (wanita) menukar ke laluan lain,” tulisnya petang tadi.

Bercerita lanjut, Nurul Ilham mendakwa pada mulanya dia ternampak kereta tersebut berdekatan tol sebelum wanita itu menyembunyikan hon meskipun sudah memberi isyarat ke sebelah kiri menuju lorong Touch N Go.

View this post on Instagram

A post shared by Nurul Ilham Anwar (@nurulilhamanwar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya telah memberikan isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat daripadanya untuk pergi ke kanan (lorong Smart Tag). Rasanya dia marah sebab itu,” kongsinya.

Sementara itu, BH Online melaporkan, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM sedang mencari pemandu kereta berwarna hijau itu untuk membantu siasatan kerana tindakannya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan.

“JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut telah dikenal pasti,” kata satu kenyataan di laman Facebook.

Sumber: Twitter Nurul Ilham Anwar, Kosmo! Online (Florina Deris), BH Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Lokal

Polis percaya wanita yang mayatnya ditemui dalam beg dan ditanam dekat sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, kemungkinan meninggal dunia di Ampang,...

Sosial

Individu yang dikenali sebagai ‘Coach Cerai’ mencuri perhatian ramai apabila mendakwa mampu mengenal pasti sama ada sesebuah pasangan berpotensi untuk bertahan lama atau sebaliknya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd