Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak KPD Lahad Datu Ditemui Maut Berlumuran Darah, Kematian Masih Disiasat

Kes kematian anak kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah masih disiasat oleh pihak polis.

Memetik laporan Bernama, anak perempuan Asisten Komisioner Dzulbahrin Ismail yang berusia 14 tahun dijumpai tidak bernyawa di dalam sebuah bilik rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Huzain berkata, pihak mereka masih lagi menyiasat punca kejadian selepas jasad mangsa yang berlumuran darah itu ditemui oleh kakaknya yang berusia 16 tahun ketika dia pulang daripada sekolah.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa insiden berkenaan berlaku semasa bapa mangsa berada di luar kawasan atas urusan pindah rumah setelah dinaikkan pangkat.

Foto: Sabah Gazzete

“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” ujarnya.

Susulan daripada itu, Razarudin menyeru orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi sehingga siasatan kes berkenaan diselesaikan.

Sumber: BERNAMA 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd