Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anak Dapat Markah Penuh Dalam Ujian, Bapa Terkejut Terpaksa Tunai Janji Beri RM1K

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazren meluahkan rasa terkejut apabila anak lelakinya, Mohd Rizqin Haqq berjaya meraih markah penuh dalam ujian dan terpaksa mengeluarkan RM1,000 sebagai ganjaran apabila perjanjiannya memakan diri sendiri.

Dapat markah penuh dalam ujian

anak dapat markah penuh dalam ujian 

“Tak pasal-pasal melayang seribu, ceritanya macam ni dua minggu lepas masa ambik mereka balik sekolah, Faz tanya macam mana exam?
“Haq dengan selambanya cakap exam senang boleh dpt 100%.  Faz pun dengan confidentnya cakap mengarut lah Haq boleh dpt 100% dengan tak studynya.
“Faz pun main cakap je kalau dapat 100%, daddy bagi RM1000. Haq dengan terujanya cakap sumpah, janji. Tak pasal-pasal budak Haq ne dpt RM1000.
“Lagi menakutkan dia cakap ada lagi dua kertas yang dia yakin dapat 100%. Esok Faz nk kena jumpa cikgu dia suruh ubah markah,” ciapannya, semalam.

Sementara itu, dalam perkongsian berasingan memaparkan Fazren dan anaknkya mencari mesin juruwang automatik (ATM) dan mengeluarkan wang tunai seperti yang telah dinjanjikan sebelum diberikan kepada anak lelakinya.

Bapa kepada lima cahaya mata itu meluahkan rasa insaf dan tidak mahu lagi berjanji sesuatu perkara yang dianggap mustahil dicapai kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata melayang duit.
“Hadapi je lah dugaan dengan senyuman.  Lepas ni tak nak dah janji bukan-bukan, benda yang kita anggap mustahil boleh jadi, dah insaf ramai ye yang seronok dan sokong Haq,” jelasnya.

Artikel lain: Raih Keputusan Cemerlang STPM, Gadis Orang Asli Jakun Ditawar Lanjut Pengajian Di University Of Manchester

Untuk rekod, Fazren dan Syarifah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata dan seorang anak angkat.

Sumber: Threads fazrenrafi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd