Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baru Merisik Elya, Ammar Nazhan Tampil Jelaskan Video Mesra Dengan Wanita Lain

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan tampil membuka mulut menjelaskan berkenaan dakwaan dirinya berlaku kejam meninggalkan seorang wanita selepas namanya mula dikenali ramai.

Video wanita lain hanya suntingan

Ammar Nazhan Video wanita lain hanya suntingan

Pemilik nama sebenar, Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, berkata, wanita yang dikenali sebagai Lyn itu telah melemparkan fitnah dan mencemarkan nama baiknya setelah mengeluarkan kenyataan beserta gambar mereka bersama di dalam kereta.

@amnazhan

Saya tak kenal si dia , dan video tu adalah tuduhan tak berasas. I mintak maaf elya 😔

♬ original sound – Ammar Nazhan – Ammar Nazhan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berkaitan dengan individu semalam, si dia (Lyn) buat satu hantaran fitnah terhadap saya. Video ini saya buat untuk menjelaskan perkara yang betul kepada Ilya dan orang awam.
“Sebenarnya saya boleh cakap satu saja, video dan gambar yang dimuat naik itu telah disunting oleh si dia. Saya mungkin pernah kenal dia tetapi saya memang serius mahu merisik lalu bertunang bersama Elya. Video itu memang tidak betul,” terang Ammar, semalam.

Sehubungan itu, Ammar meminta agar individu berkenaan memadam video yang telah dikongsikan di media sosial bagi menghentikan daripada salah faham terus berlaku.

“Kepada wanita tersebut saya mohon untuk padam video tersebut sebab ia satu fitnah dan tidak betul.
“Saya tiada kena mengena dengan awak dan saya juga nak minta maaf kepada Elya dan orang awam kalau perkara itu telah menimbulkan satu salah faham,” kongsinya.

Artikel lanjut: Dituduh Jalin Hubungan Sulit, Rain Saman YouTuber Sebar Fitnah

Terdahulu, Lyn membuat satu pengakuan di media sosial menyatakan bahawa dirinya masih setia menunggu Youtuber itu biarpun telah ditinggalkan setelah namanya mula meningkat naik.

Difahamkan, hantaran itu dibuat selepas Ammar selamat merisik pilihan hatinya, Elya Maisara, baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok amnazhan

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Nasional

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP)...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd