Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

AMH Perkasa Keselamatan Ruang Siber Negara – Khaled Nordin

Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah memperkenalkan satu pelan yang dipanggil Angkatan Masa Hadapan (AMH) bagi perkasa keselamatan negara di ruang siber.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelan ini telah diperkenalkan pada tahun 2023 dan akan terus dibangunkan sehingga tahun 2030.

Foto: Free Malaysia Today

“Antara matlamat utama AMH adalah memastikan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setanding dan tidak ketinggalan jauh daripada negara-negara jiran.
“Ia sekaligus berupaya menjalankan mandat memelihara kedaulatan negara dengan berkesan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noraini Idris berkenaan aspek kepakaran yang disandarkan kepada AMH untuk menangkis sebarang ancaman bukan tradisional melibatkan ruang siber Kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mindef Kaji Cadangan Rekrut ‘Hackers’ Sebagai Angkatan Tentera

Dalam pada itu, matlamat lain bagi AMH adalah untuk memastikan ATM menjadi sebuah pasukan pertahanan yang moden dan dilengkapi teknologi baru.

“Matlamat yang ketiga ialah memastikan ATM berupaya menyelaras dan berhadapan dengan pelbagai perubahan geopolitik serta perkembangan semasa sama ada di dalam negara, di rantau Asia Tenggara mahupun di seluruh dunia,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut menyatakan beberapa fokus utama bagi pelan ini seperti meningkatkan kesiagaan ATM dari segi aset yang optimum dan terkini.

“Segala isu berkaitan kekurangan aset yang dihadapi sedang diberikan perhatian serius dan akan diuruskan secara strategik dan berperingkat,” jelasnya.

Tambah beliau, fokus lain pelan ini adalah memastikan sumber manusia cukup terutamanya bagi melatih bakat terbaik dalam pelbagai bidang mengikut keperluan strategik ATM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

AMH perkasa keselamatan ruang siber negara

Foto: DagangNews

“Yang ketiga, penumpuan pembangunan keupayaan atau aspek kepakaran dalam Domain Siber dan Elektromagnetik yang menjadi tonggak kepada pertahanan komprehensif berasaskan teknologi.
“Ini termasuklah memperkukuhkan perisikan pertahanan ATM, membangunkan keupayaan Aktiviti Elektromagnetik Siber (CEMA), meningkatkan keupayaan Perisikan, Pengawasan, Perolehan Sasaran dan Peninjauan (ISTAR).
“Selain itu, membangunkan Network Centric Operation (NCO) dan membangunkan Komunikasi Satelit (SATCOM) untuk meningkatkan keupayaan Perintah dan Kawalan Bersama,” katanya.

Menurutnya lagi, fokus ketiga AMH yang beliau nyatakan merupakan jawapan bagi soalan yang diajukan Noraini berhubung persediaan MINDEF menangkis ancaman tradisional seterusnya pencerobohan ruangan siber kerajaan.

“Seperti yang pernah saya sebutkan semasa Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan sebelum ini, MINDEF sedang meneliti beberapa perkara penting seperti keperluan sumber manusia.
“Kita sedang merancang untuk memperkemas kekuatan dan kepakaran MINDEF dan ATM. Ini bermakna, tidak mustahil selepas ini Kementerian bertindak lebih proaktif merekrut para penggodam dan bakat terbaik dalam teknologi di luar sana.
“Antara contoh kepakaran sumber manusia yang diperlukan adalah dalam bidang seperti kejuruteraan komputer, teknologi siber, pentaster, kecerdasan buatan (AI), kriptografi, Big Data dan satelit,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa MINDEF berada di dalam proses pemerkasaan aspek aset dan teknologi.

“Dalam hal ini, kami sedang mengenal pasti dan menyenaraikan aspek-aspek yang diperlukan bagi memastikan keupayaan ampuh ATM termasuk menyediakan kekuatan sehingga sekurang-kurangnya satu skuadron,” jelasnya.

Malah, MINDEF turut mengambil peluang untuk mendalami secara teliti dan mendalam, kesesuaian dan keperluan untuk mempunyai perkhidmatan keempat di bawah ATM yang tertumpu kepada domain siber dan elektromagnetik pertahanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd