Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Ambil Semula Guru Bahasa Inggeris Yang Bersara, Bukan Bawa Dari Singapura” – Rafidah

Bekas menteri, Tan Sri Datuk Rafidah Aziz memberikan cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menggaji semula guru bahasa Inggeris yang telah bersara daripada mengambil guru dari Singapura untuk mengajar bahasa itu dan mata pelajaran lain.

Menerusi satu hantaran di Facebook, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut mencadangkan kerajaan merangka Program Jangka Panjang untuk meningkatkan standard penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak muda.

Foto: Freemalaysiatoday

“Mengapa tidak dapatkan guru bersara di Malaysia, dengan pengalaman dan kemahiran mengajar bahasa Inggeris.
“Ramai daripada mereka tersedia, dan bayar mereka dengan kadar yang setara dengan Singapura,” katanya pada Khamis.

Beliau juga mencadangkan supaya kementerian menyemak sukatan pelatihan guru supaya memasukkan Kompetensi bahasa Inggeris dan menggunakan semula kepakaran di kalangan guru yang telah bersara selain membuat semakan semula berkaitan dengan sukatan pelajaran sekolah (Syllabus).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak perlu menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek untuk sebahagian daripada Peperiksaan keseluruhan.
“Hanya jadikan satu subjek dengan sendirinya sebagai “Bahasa” dan ia tidak akan menjejaskan ranking dalam Keputusan Peperiksaan,” jelasnya.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Rafidah turut memaklumkan bahawa perkara tersebut merupakan sebahagian daripada pengalaman beliau ketika berada di sekolah, apabila subjek bahasa tidak disertakan dalam keputusan Peperiksaan keseluruhan.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau ada berbincang dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, mengenai kemungkinan membawa guru dari Singapura ke Malaysia.

Sumber: Facebook Rafidah Aziz Malaysian Citizen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Sebuah salun rambut di Subang Jaya, Selangor dikecam warganet apabila didakwa memaparkan elemen yang memperlekehkan agama Islam, khususnya berkaitan pemakaian hijab sambil meminum alkohol....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd