Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Alami Kerugian Sebab EV, Volkswagen Bakal Tutup Kilang Tertua?

Jenama automotif gergasi Jerman, Volkswagen sedang mempertimbangkan untuk tutup kilang di Jerman selepas permintaan pengguna di Eropah menurun susulan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV).

Memetik laporan Fortune, sejak tahun lalu, jenama itu telah mula melakukan pemotongan kos sebanyak €10 bilion (RM43 bilion), termasuk pengurangan 20% dalam ‘kos tenaga kerja pentadbiran’.

Dalam pada itu, syarikat itu juga sedang cuba menamatkan perjanjian dengan kesatuan pekerja yang menjamin keselamatan pekerjaan sehingga tahun 2029.

Volkswagen bakal tutup kilang tertua?

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volkswagen, Oliver Blume menyalahkan industri pembuatan Jerman yang menghadapi pertumbuhan negatif selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Persekitaran ekonomi semakin sukar dan pesaing baharu banyak yang masuk ke Eropah. Jerman khususnya sebagai lokasi pembuatan semakin ketinggalan dari segi daya saing.
“Dalam keadaan ini, kami sebagai syarikat perlu bertindak dengan tegas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Volkswagen, sebuah kuasa besar global berjaya mencatat pendapatan sebanyak $348 bilion dan penghantaran 9.24 juta kenderaan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, syarikat ini kini sedang menghadapi kesukaran untuk mengekalkan keuntungan dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Volkswagen Bakal Tutup Kilang

Sebahagian langkah yang telah diambil oleh syarikat tersebut dalam mengurangkan kerugian adalah menawarkan pakej bersara awal kepada pekerja dan melaksanakan pembekuan pengambilan pekerja baharu.

Malahan, Volkswagen juga menawarkan bonus khas sebanyak €50,000 kepada pekerja yang bersetuju untuk berhenti, namun cadangan penutupan kilang di Jerman ini mungkin akan mencetuskan konflik dengan kesatuan pekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Fortune

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd