Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Al-Sultan Abdullah Bakal Tamat Pemerintahan 30 Januari 2024

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menamatkan pemerintahannya berkuat kuasa 30 Januari 2024, lapor Bernama.

Al-Sultan hari ini menzahirkan penghargaan atas sokongan Raja-Raja Melayu yang membolehkan pelbagai peristiwa dan dugaan melanda negara dalam tempoh hampir lima tahun sejak 2019 dapat diatasi Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah, walaupun menempuh pelbagai peristiwa dan badai gelora, Raja-Raja Melayu sentiasa membantu mencari jalan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan rakyat jelata.

“Sama ada ketika berhadapan kemelut politik dan pandemik COVID-19, sepanjang Paduka Adinda memerintah negara; Paduka Adinda sentiasa menjunjung sumpah yang telah dilafazkan iaitu untuk memerintah Malaysia yang kita cintai ini dengan secara adil menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dengan sepenuh ketelusan hati. 
“Paduka Adinda juga amat bersyukur dan berterima kasih di atas kesudian Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berangkat ke Istana Negara untuk berbincang dan bersama berganding bahu dalam melontar buah pandangan yang bernas demi untuk membantu bersemayam di atas takhta kerajaan,” titah Seri Paduka.

AL Sultan Abdullah agong

Artikel lain: Agong Harap Anwar Ibrahim PM Terakhir Sebelum Baginda Pulang Ke Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Al-Sultan Abdullah bertitah menerusi sokongan padu Raja-Raja Melayu sepanjang pemerintahan Seri Paduka, ia akhirnya membawa negara dan rakyat jelata dilindungi daripada terus terjerumus ke kancah yang tidak menentu.

“Hakikatnya, institusi Yang di-Pertuan Agong bukanlah sekadar simbolik semata-mata. Ia adalah pelindung kepada amalan demokrasi, tiang seri kepada keamanan negara dan nadi kepada perpaduan negara.
“Ia mempunyai roh dan semangat sebagai instrumen semak dan imbang terakhir negara yang berupaya menggunakan budi bicara untuk menzahirkan kata putus tatkala negara menemui jalan buntu,” titah Seri Paduka lagi.

Al-Sultan Abdullah bertitah pada hemat Seri Paduka, Raja-Raja Melayu secara kolektif merupakan payung yang melindungi rakyat jelata serta benteng kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Kekuatan yang mengalir dalam tubuh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah cerminan kepada daulat sekalian Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah turut menyorot beberapa peristiwa sepanjang tempoh Seri Paduka memerintah, antaranya apabila negara diselubungi dengan penularan pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan kepada ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat jelata sehingga Proklamasi Darurat terpaksa diisytiharkan dan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

“Begitu juga setelah negara menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, buat pertama kalinya dalam sejarah demokrasi Malaysia, negara berhadapan dengan situasi Parlimen tergantung, dalam apa juga situasi Paduka Adinda telah memberi ruang kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mencapai satu kesepakatan atas prinsip perpaduan demi untuk masa hadapan negara,” titah Seri Paduka.

Al sultan abdullah agong

Al-Sultan Abdullah turut menjunjung kasih kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah atas kesudian menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan Seri Paduka di tanah air atau tidak dapat menjalankan tugas kerana faktor kesihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sayugia Paduka Adinda berasa amat bertuah dan bersyukur kerana setelah 44 tahun selaku Tengku Mahkota Pahang dan 15 hari setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang, Paduka Adinda telah dilimpahi keaeatan serta diangkat kemuliaan oleh Allah SWT untuk bersemayam di atas takhta kerajaan,” titah Seri Paduka.

DIfahamkan, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) akan diadakan esok bagi Raja-Raja Melayu membuat pengundian memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong baharu.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd