Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Akui Pernah Guna Pelaris, Elly Sugigi Dakwa Ramai Rakan Artis Pakai Susuk

Tanpa segan silu, pelakon dan pelawak Indonesia Elly Sugigi akui pernah pakai susuk pelaris di bahagian wajahnya sebagai salah satu cara ‘melariskan’ diri dalam industri seni.

Menerusi podcast Feni Rose Official di YouTube, Elly yang menjadi tetamu pada rancangan itu berkata dia memakai susuk tersebut bukan untuk kecantikan.

Elly Sugigi akui pernah pakai susuk

Elly Sugigi akui pernah pakai susuk

“Biar laris dan banyak tawaran bekerja. Bila bekerja ramai yang menonton dan bila saya bercakap ramai yang percaya. Bukan untuk kecantikan sebenarnya,” katanya.

Tambahnya, dia memasang susuk tersebut dengan seorang dukun di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia sekitar tahun 2010 dan 2011.

Menurut Elly, dukun yang memasang susuk itu telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu namun dia telah membuang pelaris tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Elly Sugigi akui pernah pakai susuk

“Orangnya sudah meninggal tapi saya dah buang susuk.
“Saya pasang susuk ni sebelum berkahwin dengan suami kedua. Kemudian saya buang susuk itu sekitar tahun 2013 dengan bantuan seorang Pak Haji,” ujarnya.

Artikel lain: Lima Tahun Berkahwin, Syahrini Umum Hamil Anak Pertama

Pelawak itu turut berkongsi semasa proses membuang susuk itu, darah yang keluar dari tubuhnya bercampur dengan karat.

“Pak Haji tu buang semua benda dalam badan saya, banyak darah bercampur karat keluar. Pak Haji tu siram pakai air putih, keluar semua darah-darah seperti karat daripada besi,” jelasnya.

Elly Sugigi akui pernah pakai susuk

Dalam pada itu, Elly mendakwa dia tahu terdapat beberapa rakan artis lain yang turut datang ke Cirebon untuk memasang susuk dan kini sudah terkenal.

“Ramai artis datang ke sana untuk pasang susuk dan sekarang sudah terkenal. Saya tahu siapa tapi saya tak nak sebut siapa,” katanya.

Sumber: Podcast Feni Rose Official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd