Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Fleksibel – Steven Sim

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong mengesahkan pekerja boleh memohon kepada majikan aturan kerja anjal atau fleksibel berdasarkan masa, hari, dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, beliau menjelaskan permohonan berkenaan perlu diserahkan kepada majikan untuk diberikan maklum balas dalam tempoh 60 hari dan sekiranya ditolak, majikan harus memberikan alasannya.

Foto: X @scheekeong

“Kementerian Sumber Manusia akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar serta undang-undang perburuhan kita untuk mendukung 3K iaitu kebajikan, kemahiran, keberhasilan pekerja seterusnya meningkatkan daya saing ekonomi negara,” katanya pada Rabu.

Dalam hantaran yang  sama, Steven Sim turut melampirkan Akta Pekerjaan 1955 yang memperlihatkan Bahagian XIIC mengenai pengaturan kerja yang fleksibel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Seksyen 60P (1) akta itu, pekerja berhak meminta daripada majikan mereka untuk pengaturan kerja fleksibel untuk mengubah waktu bekerja, hari bekerja atau perubahan tempat bekerja tertakluk kepada Bahagian XII atau apa-apa yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan.

Susulan daripada itu, permohonan untuk pengaturan kerja fleksibel di bawah 60Q (1), pekerja hendaklah membuat permohonan di bawah Seksyen 60P secara bertulis dan dalam bentuk atau cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Foto: The Sun

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kepada hantaran sebuah portal mengenai pekerja di Singapura kini, boleh memohon bekerja empat hari seminggu, lebih banyak hari bekerja dari rumah, dan masa kerja berperingkat bermula 1 Disember tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara tersebut merupakan susulan satu Garis Panduan Tiga Pihak mengenai Permintaan Susunan Kerja Fleksibel diumumkan Perikatan Tiga Pihak untuk Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) di negara tersebut baru-baru ini.

Untuk rekod, TAFEP adalah agensi ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga Manusia, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF).

Sumber: X @scheekeong

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd