Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Akibat Pemanasan Global, Aisberg Terbesar Dunia Bergerak Selepas Tiga Dekad

Aisberg terbesar dunia – dua kali ganda lebih besar daripada ibu kota Britain dilaporkan sedang bergerak selepas tiga dekad terdampar di dasar laut di Antartika.

Memetik laporan CNN, bongkah ais berkenaan dinamakan A23a, berkeluasan 4,000 kilometer itu semakin cair. Ia juga dilaporkan hanyut ke arah Lautan Selatan buat kali pertama akibat pemanasan global.

Menurut laporan saintis dan penyiasat di NASA Psyche Mission, Lindy Elkins-Tanton, aisberg berkenaan merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada Ogos 1986.

aisberg

Rakaman imej satelit aisberg terbesar dunia dikenali A23a kelihatan di Antartika pada 15 November 2023.

Tanton berkata, dia dan anak kapal telah menghabiskan masa berjam-jam belayar mengikuti rapat serpihan aisberg berkenaan di Laut Weddell.

Ujarnya, bongkahan air terbesar itu semakin meluncur laju. Berkemungkinan juga gunung besar terbabit juga akan hanyut ke dalam Arus Circumpolar Antartika.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia seterusnya akan melencong ke arah Lautan Selatan dikenali sebagai laluan aisberg, di mana bongkahan ais seumpamanya boleh ditemui terapung di perairan.

Difahamkan, gunung ais yang dibawa arus lautan akan bergerak lima kilometer (tiga batu) sehari.

Artikel lain: Tak Cukup Dalam Laut, OceanGate Nak Hantar Pula 1,000 Manusia Tinggal Di Venus

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd