Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Akademi Cobra Terus Mara, Muncul Juara Di MD 10’s

Pasukan Akademi Cobra (Cobra Blacks B15) muncul juara di Kejohanan Ragbi Hari Malaysia 10 Sebelah (MD 10’s) bagi kategori bawah 15 tahun, Ahad lalu.

Akademi Cobra terus mara!

Cobra Blacks B15 merekodkan kejuaraan selepas menewaskan Akademi Ragbi Venom Frog (Venom) 7-5 dalam perlawanan akhir kategori Cup di padang Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Akademi Cobra

Foto: IG @victoauthentic

Ketua Jurulatih Akademi Cobra, Datuk Aldillan Anuar berkata, kesukaran yang dihadapi di Kejohanan Ragbi Piala Ketua Menteri Melaka 2025 di Stadium Hang Tuah, Melaka, baru-baru ini, mengajar pasukannya untuk kekal tenang dalam sebarang situasi.

Pengalaman itu katanya, menjadikan Cobra Blacks B15 sentiasa fokus dengan corak dan rentak permainan sendiri meskipun berdepan lawan yang lebih pantas, kuat serta berbakat.

“Di separuh akhir, Cobra Blacks B15 mengatasi cabaran sengit daripada Panthers 11 untuk mara ke perlawanan akhir menentang Venom sekali lagi selepas ditewaskan mereka pada perlawanan pembukaan.
“Venom mempamerkan kualiti dan tekanan awal memaksa pasukan bertahan hampir sepanjang separuh masa pertama. Namun, mereka tetap tenang, berdisiplin, dan mendapatkan kembali momentum serta melakukan serangan pada saat tepat,” katanya.

Sementara itu, jurulatih pasukan, Fakhrulakmal Alias berkata, pujian harus diberikan kepada para pemain yang berjaya menterjemahkan pelan strategi yang dirangka untuk dipersembah di atas padang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain pertahanan mantap, para pemain mempamerkan kekuatan mental dan keazaman tinggi untuk mendominasi perlawanan, walaupun awalnya tewas dengan pasukan sama di peringkat kumpulan.
“Terima kasih kepada Datuk Aldillan, jurulatih bersama, Saiful Azwan Baderi, seluruh pihak pengurusan Akademi Cobra dan ibu bapa di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi,” ujarnya.

Terdahulu, Cobra Blacks B15 tewas kepada Venom 0-10 pada peringkat kumpulan namun kembali bangkit di perlawanan menentang pasukan Sekolah Bintang Utara (21-0) dan Victoria Institution (20-0).

Artikel lain: BP Cougars Kejutkan Kuasa Besar Ragbi, Asyraf Wajdi Umum MRSM Seluruh Negara Cuti Isnin

Pada separuh akhir Cup pula, Cobra Blacks B15 diisytiharkan sebagai pemenang selepas melakukan try pertama dalam perlawanan menentang Panthers 11 dengan kedudukan mata 12-12.

Kejayaan berganda buat Akademi Cobra apabila pasukan B16 meraih gelaran juara kategori Plate menentang Kelab Ragbi Bukit Jelutong (10-0) di Kejohanan Kuala Lumpur Highland Games 2025, di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Sabtu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut serta, Pasukan B15 (Cobra Stingers) dengan kedudukan ke-5 keseluruhan dengan peningkatan aksi lebih baik pada setiap perlawanan.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd