Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

AirAsia Tawar Tambang Berpatutan, Muatan Penumpang 100% Nikmati Subsidi Penerbangan

AirAsia menerima muatan penumpang 100 peratus untuk penerbangan lewat malam istimewa disamping tawar tambang berpatutan dari Kuala Lumpur ke Sibu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pada Disember lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan bantuan subsidi tiket penerbangan kelas ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Foto: AirAsia Newsroom

Sementara itu, Anthony berkata kerajaan akan terus memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menawarkan tambang lebih berpatutan semasa musim perayaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berbesar hati untuk meraikan penerbangan ini sempana sambutan Tahun Naga pada tahun ini.
“Kerajaan akan terus memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menawarkan tambang lebih berpatutan semasa musim perayaan.
“Kami menghargai komitmen AirAsia kerana sentiasa menawarkan tambang lebih nilai kepada para tetamu mereka dengan tambang tetap rendah termasuk penerbangan lewat malam ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Artikel berkaitan: Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak Jika Harga Lebih RM599 Sehala – MOT

Beliau berkata demikian pada satu program di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada Rabu.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata akan komited untuk menawarkan tambang lebih nilai bagi membantu pelanggannya berkumpul bersama keluarga.

“Sebagai peneraju syarikat penerbangan tambang rendah di Asia, kami komited untuk menawarkan tambang lebih nilai bagi menyatukan para tetamu dengan keluarga mereka terutama semasa tempoh perayaan penting ini.

Foto: AirAsia Newsroom

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada tahun ini, kami telah melancarkan 134 penerbangan lewat malam pada tambang tetap antara Semenanjung Malaysia dan tujuh destinasi popular di Sabah dan Sarawak dengan sejumlah 25,000 tempat duduk.
“Kami berbangga kerana penerbangan ini telah mencatat muatan 100% sempena perayaan akan datang dan membolehkan para tetamu pulang ke kampung halaman dengan tambang berpatutan,” katanya.

Terdahulu, Loke mengumumkan bantuan subsidi tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah,  Sarawak dan Labuan akan dijalankan bagi perayaan sepanjang tahun ini seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan, Gawai dan Krismas.

Bantuan subsidi ini telah bermula sejak 1 Januari lalu dan muatan penumpang 100% yang dilepaskan semalam telah menikmati subsidi berkenaan.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Cinta tak kenal usia, tidak tunduk pada angka dan tidak terikat pada pandangan manusia. Apabila hati sudah memilih, perbezaan umur sekalipun tidak mampu memisahkan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd