Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

AirAsia, AirAsia X Bentuk Gabungan Baharu

Capital A Bhd melupuskan semua pegangan dalam perniagaan penerbangan AirAsia Bhd dan AirAsia Aviaton Group Ltd kepada AirAsia X (AAX) bagi bentuk gabungan baharu iaitu AirAsia Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata semua perniagaan di bawah syarikat Capital A telah berkembang dan kini bersedia untuk ke peringkat seterusnya, lapor Berita Harian.

Foto: Malaysia Now

Beliau berkata, bagi mengembangkan perniagaan tersebut, pihaknya perlu mengumpulkan dana namun ia menjadi cabaran buat mereka bagi mengakses modal kerana Capital A masih dalam status Notis Amalan 17 (PN17).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami telah berinteraksi dengan pelabur yang menyatakan kecenderungan mereka yang tinggi untuk terbabi dalam sebuah perniagaan penerbangan sepenuhnya.
“Bagi mengatasi perkara ini serta memastikan akan mendapat suntikan kewangan yang kukuh, kami akan meneruskan penjualan perniagaan penerbangan secara strategik kepada AAX.

Artikel lain: Papar Bayangan Seksaan, Filem Siksa Neraka Disekat Masuk Pawagam Malaysia & Brunei

“Ia bagi mewujudkan sebuah perniagaan penerbangan yang menggabungkan kedua-dua syarikat penerbangan jarak jauh dan dekat di bawah jenama AirAsia, tertakluk kepada rundingan perjanjian jual beli saham yang muktamad dan penyelesaiannya,” katanya dalam satu taklimat media di Sepang hari ini.

Tambahnya, selepas pelupusan itu, syarikat penerbangan tersebut akan bersedia untuk mendapat manfaat daripada pihak pengurusan yang berfokus dengan hala tuju strategik yang lebih jelas.

“Ia akan meningkatkan kapasiti perniagaan penerbangan itu dalam meraih peluang pertumbuhan, memperkembang bahagian pasaran dan akhirnya mencapai keuntungan yang lebih dipertingkat,” ujarnya.

Turut hadir ke majlis taklimat bersama media itu, Pengerusi Capital A, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviaton Group, Bo Lingham.

AirAsia, AirAsia X bentuk gabungan baharu

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Tony yakin dengan mengasingkan perniagaan penerbangan ini daripada Capital A, ia akan memberi laluan kepada perniagaan bukan penerbangan dalam kumpulan itu untuk diiktirad bagi nilai serta potensi intrisiknya.

“Syarikat di bawah Capital A termasuk Teleport (logistik), Capital A Aviation Services (MRO dan perkhidmatan dalam penerbangan) dan MOVE Digital juga akan mula menjana modal.
“Seterusnya ia akan memberikan peningkatan kepada pemegang saham bagi saham Capital A mereka, disokong oleh pegangan saham di dalam kumpulan penerbangan yang diperluaskan di bawah pengedaran saham yang dicadangkan.
“Berikutan penjualan perniagaan penerbangan, pemegang saham Capital A akan menjadi pemegang saham kepada dua syarikat tersenarai yang kukuh.
“Kami percaya langkah ini akan membawa lebih kejelasan kepada pelaburan, mewujudkan asas pemegang saham yang lebih fokus dan akhirnya membuka kunci nilai untuk pemegang saham kami,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa selepas proses pelupusan penerbangan itu selesai, Capital A akan kekal komited untuk membentangkan pelan penyusunan semula PN17 yang komprehensif selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi AAX, Datuk Fam Lee Ee berkata pengambil alihan strategik itu penting dalam mengukuhkan kestabilan kewangan dan meningkatkan kedudukan pasaran AAX.

“Langkah strategik ini bakal menjadikan AAX sebagai pengendali keseluruhan perkhidmatan penerbangan serantau yang menerajui semua laluan jarak dekat dan sederhan di bawah jenama AirAsia.
“Pengambil alihan yang bersejarah ini juga dijangka memberikan kelebihan secara menyeluruh termasuk kedudukan pasaran yang lebih kukuh, peningkatan kecekapan operasi dan penjimatan kos serta prestasi kewangan yang lebih baik.
“Keputusan untuk menggabungkan perniagaan penerbangan melalui pengambil alihan ini memperkukuhkan pemulihan AAX berikutan pelepasannya dari status PN17 pada bulan November 2023,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Hazwan Faisal Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki bertindak memfailkan saman sebanyak RM55 juta setelah kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat daripada kecuaian doktor. Memetik laporan Kosmo, penolong jurutera Majlis Bandaraya...

Lokal

Gambar suspek terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 telah diedarkan ke semua pintu masuk negara di utara...

Lokal

Pihak polis sedang memburu suspek yang dilaporkan mengugut mahu memukul salah seorang pelanggan di restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan. Menerusi laporan...

Sosial

Seorang pelancong ‘mat salleh’ telah mengundang kecaman orang ramai kerana beranggapan bahawa rakyat Malaysia tidak bersikap ramah terhadapnya. Menerusi perkongsian @anthraxxx781 di akaun X,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd