Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Air Bukan Isu Besar, Orang Kelantan Boleh Gali Telaga” – Naib Presiden PAS

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan isu air yang sering dihadapi oleh rakyat bukanlah satu perkara yang besar untuk memastikan PAS terus memerintah.

Menurut laporan Berita Harian, Amar memberitahu masyarakat setempat mempunyai pilihan lain seperti membina air telaga tiub atau perigi sebagai salah satu penyelesaian untuk mendapatkan bekalan air.

“Kita juga menjelaskan dengan cara yang baik apa masalahnya. Macam isu air kita cerita (masyarakat), jadi setakat ini berdasarkan pengalaman kita sendiri berjumpa orang ramai, mereka boleh faham.
“Tetapi yang jadi kecoh sebab ini politik dan yang sensasi politik. Benda kecil pun jadi besar. Itu masalahnya.
“Orang kampung sendiri dia faham dan kadang-kadang kes itu (air) dia selesai sendiri. Contoh kalau tidak ada air kerajaan, dia bina telaga tiub, gali perigi. Dia (masyarakat) cari penyelesaian sendiri. Sebab itu bagi di kampung ini bukan perkara besar, bukan isu yang besar (masalah air),” katanya.

Amar yang juga merupakan Naib Presiden PAS mendedahkan ada sesetengah kawasan memang ada masalah (air) dan ada sesetengah tempat akan hantar bekalan air dengan lori tangki.

“Ada tempat kita selesai (masalah air), cuma mungkin kelemahan kita ini kurang menyampaikan apa yang kita buat kepada masyarakat.
“Contoh, di Teluk Mesira, Bachok yang mengalami masalah air sebelum saya jadi wakil rakyat. Alhamdulillah sekarang (air) sudah selesai apabila kita buat loji rawatan air mini.
“Kita buat khusus di kawasan Teluk Mesira dengan menggunakan teknologi yang dicipta oleh anak Kelantan sendiri dia panggil teknologi oksigen untuk membersihkan air. Saya tengok masa kita buat, air boleh minum terus dari paip kerana air itu bersih,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mengakui Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan persaingan hebat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa kerusi DUN dengan peluang 50-50.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman luar biasa yang mengubah rutin hariannya selepas satu video dimuat naik di TikTok mencetuskan perhatian ramai pengguna media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd