Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Terkhilaf Dalam Berbicara

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafannya ketika berpidato pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Difahamkan, beliau tersasul melaungkan ‘hidup Israel’ ketika berpidato yang sepatutnya melaungkan ‘hidup Palestin’ sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada bumi mulia umat Islam tersebut.

Foto: FB Zahid Hamidi

“Saya hadir (malam tadi) bersama ribuan rakyat Malaysia bagi memberi dukungan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin.
“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.
“Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Foto: FB Zahid Hamidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan itu sebagai rasa cinta terhadap keamanan, kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman manusiawi.

“Malam ini juga kami berkumpul bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam.
“Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur ribuan mujahid lagi akan dilahirkan,” ujarnya lagi.

Foto: FB Zahid Hamidi

Himpunan Pembebasan Palestin turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama jemaah Kabinet, perwakilan asing dan lebih 15,000 rakyat Malaysia serta warga asing bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada perjuangan serta pembebasan Palestin.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd