Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ahmad Maslan Nasihat Pengundi Sungai Bakap Pilih Calon Perpaduan

Bagi memastikan suara mereka didengari, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan nasihat pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap untuk pilih calon Perpaduan.

Katanya, ia lebih mudah untuk menyampaikan hasrat daripada pengundi Sungai Bakap sekiranya mereka memilih calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Dr Joohari Ariffin.

Ahmad Maslan nasihat pilih calon Perpaduan

Foto: Berita Harian

“Misalnya, kalau tak puas hati mengenai masalah air atau masalah tanah, yang akan selesaikan masalah mereka bukan daripada ADUN pembangkang tetapi ADUN kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, lebih mudah untuk kita menyampaikan hasrat orang kampung, lebih mudah untuk kita mencapai harapan kita melalui calon Dr Joohari selaku wakil kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

“Tiada siapa di belakang calon PN (Perikatan Nasional), tetapi di belakang calon Perpaduan ada Ketua Menteri, EXCO termasuk juga Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas meninjau Projek Pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Pegawai jabatan itu di Jawi pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad turut menasihati Jentera Perpaduan yang turun berkempen sepanjang PRK Sungai Bakap diminta untuk  tidak bersikap ‘over confident’ atau terlalu yakin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, usaha untuk menawan kembali kerusi itu bukan sesuatu yang mudah disamping menyarankan jentera untuk tidak leka dan terus melipat gandakan usaha bagi memastikan kemenangan calon PH.

Ahmad Maslan Nasihat Pilih Calon Perpaduan

Foto: Harian Metro

“Saya sarankan kepada jentera (Perpaduan), jangan ‘over confident’ hanya kerana kita ada Ahli Parlimen (Nibong Tebal) daripada Kerajaan Perpaduan (Fadhlina Sidek) dan Rashidi Zinol (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai (ADUN) Acheh merangkap EXCO Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar, tidak bermakna kita boleh mudah tawan Sungai Bakap.

“Kita juga jangan leka kerana bila kita nak tawan (memerlukan) kerja yang berlipat kali ganda,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PRK Sungai Bakap bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH, Dr Joohari menentang Perikatan Nasional (PN) yang diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.

PRK Sungai Bakap diadakan semula susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Sumber: Berita Harian (Nur Izzati Mohamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd