Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lawat Kedai Sate Tempat Kerja Dahulu, Ahli Politik Indonesia Kenang Momen Zaman Susah Belajar

Ahli politik Indonesia lawat tempat kerja di Malaysia

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapakan tahu, begitulah nasib seorang lelaki asal Indonesia yang sudah berjaya menjadi orang berpengaruh di negaranya setelah merantau ke Malaysia untuk menimba ilmu.

Ahli politik Indonesia lawat tempat kerja di Malaysia

@cakthoriqofficial

CERITANYA, saya dulu waktu kuliah S2 di Malaysia, pernah bekerja sebagai pelayan warung sate pada tahun 2001, sekitar satu tahun, untuk biaya kiliah. Nama warungnya SATE EMAS KAJANG miliknya Pak Cik Haji Mahful. Ternyata, warungnya masih ada, dan tidak berubah, rasa satenya juga masih sama kayak dulu, gurih manis.

♬ suara asli – CAK THORIQ – CAK THORIQ

Baru-baru ini, tular satu perkongsian memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Thoriqul Haq dan pasangannya melawat sebuah warung sate terletak di Kajang yang merupakan tempat kerja lamanya ketika di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Thoriqul memberitahu warung tersebut dulunya dikenali sebagai Sate Emas Kajang ketika dirinya bekerja untuk mencari duit tambahan bagi menampung yuran pengajian di univeriti tempatan pada tahun 2001 malah beliau mengakui masih meningati lokasi warung itu dengan jelas.

Ahli politik Indonesia lawat tempat kerja di Malaysia

“Saya dulu waktu belajar S2 di Malaysia, pernah bekerja sebagai pelayan warung sate pada tahun 2001.
“Saya bekerja di sini hampir satu tahun untuk menampung yuran pengajian. Nama warung ini, Sate Emas Kajang dan pemiliknya Pak Cik Haji Mahful.
“Saya tidak sangka warung ini masih ada dan tidak berubah lokasinya malah rasa sate yang dijual di sini masih sama, sedap dan manis,” kata Thoriqul baru-baru ini.

Dalam pada itu, Thoriqul dilihat beramah mesra dengan seorang wanita di kaunter pembayaran sebelum membawanya bertemu dengan seorang pekerja senior yang dikenali sebagai Idris di mana sebelum ini pernah bekerja bersama.

Ahli politik Indonesia lawat tempat kerja di Malaysia

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji lelaki itu kerana tidak bersifat lupa diri malah masih mengingati tempat di mana dirinya mencari rezeki ketika masih susah.

Orang bijak dan sopan

Ahli politik Indonesia lawat tempat kerja di Malaysia

Presiden Indonesia suatu hari nanti

Ahli politik Indonesia lawat tempat kerja di Malaysia

Jiwa yang ikhlas

Artikel lain: Berita Indonesia Dakwa Anak Muda Malaysia Lebih Selesa Berbahasa Indonesia?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Thoriqul bukanlah orang sembarangan kerana lelaki ini telah berjaya memiliki PHD malah menjadi sosok penting dalam dunia politik di Indonesia.

Thoriqul juga dipercayai pernah menjadi Datuk Bandar untuk Lumajang yang merupakan sebuah daerah berlokasi di Provinsi Jawa Timur, Indonesia.

Sumber: TikTok cakthoriqofficial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd