Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ahli Parlimen Bukit Bendera Selar Permohonan Maaf Penganjur George Town Festival 2024

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menyelar permohonan maaf yang dilakukan penganjur George Town Festival 2024 dan mendakwa ia dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh.

Syerleena mendakwa, penganjur George Town Festival 2024 bersikap cuai dalam menjaga sensitiviti masyarakat dengan mengambil cara mudah dalam mengendalikan permasalahan itu.

Foto: Malaysiakini

“Pulau Pinang patut tunjuk contoh macam mana sebuah negeri yang berbilang kaum boleh meraikan kepelbagaian.
“Tapi itu lah, kadang-kadang kita ni, suka ambil cara yang mudah dan cuai dalam menjaga sensitiviti masyarakat. Dah la buat silap, tulis penjelasan pun tak bersungguh,” katanya menerusi satu hantaran video di akaun Tiktok semalam.

Video berdurasi satu minit 30 saat itu juga memaparkan beliau dengan nada sinis mempersoalkan cara penulisan kenyataan media yang dikeluarkan pihak penganjur acara berkenaan pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@syerleena_rashid

#georgetownfestival #georgetown #malaysia #penang #pulaupinang

♬ original sound – Syerleena_Rashid – Syerleena_Rashid

“Kenapa tiada (penyunting) Melayukah yang nak tolong tulis kenyataan media ni? Benda-benda macam ni lah buat saya marah. Tapi bukan apa, sebagai anak Melayu Pulau Pinang, saya rasa tak sepatutnya macam tu.
“Kalau saya tak buat teguran keras terhadap kecuaian pihak berkenaan dalam isu George Town Festival ni, bukan sedikit perasaan yang tergores, saya rasa macam kena tikam, di ulu hati.
“Apa yang susah sangat untuk bekerja secara insklusif dan menggunakan akal fikiran yang waras,” luahnya.

Syerleena turut berkata, tindakan penganjur yang tidak mempromosikan semangat muhibah dan masyarakat MADANI pada festival tersebut tidak sepatutnya berlaku dan tidak masuk akal sekali gus menegaskan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan supaya berjumpa terus dengannya pada bila-bila masa.

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, klip video ‘teaser’ bagi mempromosikan ‘George Town Festival’ bertemakan tema ‘Here and Now’ yang dijadual berlangsung pada 19 hingga 28 Julai depan dilihat seolah-olah menafikan kewujudan budaya kaum Melayu di negeri tersebut.

Pasukan George Town Festival 2024 telah bertindak memadam klip video tersebut di semua saluran media sosial dan telah membuat permohonan maaf mengenai perkara itu.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd