Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Agus Sudah Beri Keterangan, Dedah Identiti Mr. H Kepada Polis

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang dan mendedahkan identiti ‘Mr H’ dalam keterangan berhubung video tular, hari ini.

Agus dedah identiti Mr. H kepada polis

Memetik laporan Kosmo! Online, perkara itu dimaklumkan oleh Muhammad Agus sendiri semasa beliau memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di IPD Kajang, petang tadi.

“Saya sudah berjumpa pegawai penyiasat dan memberikan keterangan. Saya juga telah mendedahkan siapa ‘Mr. H’ dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
“Soalan polis semuanya berkaitan siasatan mengenai video (tular) itu, saya dah menjawab apa yang ditanya.
“Mengenai video itu, bukan saya yang buat. Saya tidak mahu komen tentang hal itu,” katanya.

Agus

Artikel lain: Agus Enggan Sumpah Laknat, Penafian Sudah Cukup Pertahan Maruah

Beliau yang memakai baju kemeja berwarna biru hadir memberi keterangan kepada pihak berkuasa selama hampir empat jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, beliau tiba di IPD Kajang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna, ditemani peguam, Faizal Abd Rahman pada jam 2 petang. Kemudiannya selesai memberi keterangan pada jam 5.30 petang tadi.

Sebelum ini, Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir mendakwa dia diarah oleh pegawai atasan bergelar ‘Mr. H’ untuk merakam perbualan bersama Mohammad Agus.

Dia bagaimanapun memberitahu, kandungan perbualan dalam video tular yang mengandungi unsur lucah itu bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial.

Sumber: Kosmo! Online (Tuan Nurhidayah Tuan Ab.Ghani),

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd