Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Agong Titah ‘Bulan Madu’ Hampir Tamat, Siap Sedia Memerintah Negara

Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa tempoh ‘bulan madu’ akan segera tamat tidak lama lagi dan baginda akan memulakan tampuk pemerintahan yang sebenar.
Menerusi YouTube Buletin TV3, Sultan Ibrahim bertitah bahawa kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan baginda memegang tampuk pemerintahan negara.
Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.
“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh ‘bulan madu’ in, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah baginda.
Menurut Sultan Ibrahim, baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.
Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menegaskan baginda tidak sama sekali akan mengikut telunjuk sesiapa dalam melaksanakan amanah sebagai payung kepada rakyat.
Baginda bertitah demikian pada titah diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Di Istana Negara, pada Selasa.
Sumber: YouTube TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia bakal merintis perkhidmatan feri penumpang elektrik sepenuhnya yang pertama beroperasi secara komersial merentasi laut terbuka menerusi Projek Feri Elektrik Langkawi, yang dirancang menghubungkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd