Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Agong Berkenan Ke Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli ke tayangan perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah di pawagam GSC, IOI City Mall pada malam Selasa.

Agong berkenan ke tayangan perdana Pendekar Awang

Foto: BERNAMA

Filem tersebut merupakan sekual kepada Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dan prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan dihasilkan pada masa akan datang.

Filem diterbitkan oleh Studio Kembara Sdn Bhd itu turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menurut kajian saya, semasa penentangan orang-orang Pahang, pahlawan-pahlawan Pahang ni sebenarnya ada melibatkan kaum wanita.

“Contohnya kalau kita pergi ke Kampung Budu, ada kesan kubu para syuhadah,” kata pengarah, Shaharudin Md Dali.

Sementara itu, pengarah kedua filem tersebut, Saiful Reza Shukor berkata mereka tidak menggunakan stunt double atau pelagak ngeri dalam babak pergaduhan.

“Tiada penggunaan pelagak ngeri dalam babak aksi filem ini,” kata Saiful.

Artikel lain: Death Whisperer, Jeritan Yang Akan Menghantui Anda Di Mana Saja

Penerbit, Abdul Rahman Mat Dali berkata, dia mahu seluruh rakyat Malaysia untuk menontong filem tersebut bersama keluarga bagi menghibur selain menyuntik inspirasi kepada semua penonton tidak kira lelaki atau wanita.

Pendekar Awang Darah Indera Gajah mengisahkan bagaimana pejuang tanah air, Awang melindungi Tok Gajah yang dalam perjalanan dari Pahang ke Terengganu bagi mendapatkan bantuan sultan dan pahlawan di negeri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain dibintangi oleh Fattah Amin dan Nur Fazura, filem ini turut menampilkan Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Nam Ron, Amir Ahnaf dan ramai lagi yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Januari ini.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd