Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bencana Alam: PM Anwar Zahir Dukacita Kepada Afghanistan Dan Sudan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas bencana alam yang melanda Afghanistan dan Sudan yang meragut ribuan nyawa serta meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat di kedua-dua negara itu.

PM Anwar zahir dukacita kepada Afghanistan dan Sudan

Beliau berkata, Malaysia berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa dalam menyatakan solidariti terhadap mangsa yang terkesan.

Afghanistan

Foto: AFP

“Saya amat sedih dengan gempa bumi yang melanda Afghanistan sehingga meragut banyak nyawa serta menyebabkan ramai keluarga berdepan kesusahan.
“Saya juga turut berasa pilu apabila mendapat berita mengenai tanah runtuh teruk di Sudan yang mengorbankan lebih seribu nyawa,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Afghanistan

Foto: AFP

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi berkenaan.

“Doa dan ingatan saya bersama semua yang kehilangan ahli keluarga. Malaysia berdiri teguh bersama rakyat kedua-dua negara dalam saat penuh dukacita ini,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan gempa bumi berukuran enam magnitud melanda bahagian timur Afghanistan pada 11.47 malam waktu tempatan, 31 Ogos lalu dengan lebih 1,400 nyawa terkorban.

Artikel lain: Delegasi Afghanistan Berhasrat Jadikan Malaysia Sebagai Rujukan Dalam Dasar Pendidikan – KPM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala di Sudan pula, tanah runtuh melanda Kampung Tarasin di kawasan Pergunungan Marrah, Darfur sehingga dipercayai membabitkan lebih 1,000 orang maut.

Afghanistan

Foto: AFP

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd