Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

ADUN Sungai Air Tawar Sumbang Separuh Gaji Bantu Selangor FC

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail mengumumkan akan menyumbangkan separuh daripada gajinya pada bulan depan untuk membantu Selangor FC (SFC) yang perlu membayar denda kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Rizam berkata, tindakan tersebut merupakan semangat solidariti bersama SFC atas hukuman denda RM100,000 yang dikenakan oleh MFL dan sebagai tanda mendukung pasukan Gergasi Merah kebanggaan Selangor.

Foto: FB Rizam Ismail

“Saya mengumumkan untuk menyumpang separuh bulan gaji Ahli Dewan Negeri pada bulan hadapan untuk membantu SFC membiayai pembayaran denda berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri memaklumkan, bahawa langkah tersebut diambil kira atas semangat solidariti bersama SFC dan bukanlah sandiwara politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Solidariti ini bukanlah satu sandiwara politik, sebaliknya manifestasi dukungan warga Rumpun Selangor kepada pasukan Gergasi Merah kebanggaan negeri kita, walau di atas mahu pun bawah tetap setia bersama.

Foto: Google

“Saya berharap penyokong dapat terus memberi sokongan teguh kepada SFC agar semua pemainnya bersemangat mendepani cabaran ini. Semoga Gergasi Merah akan kekal unggul dalam bola sepak Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini, MFL telah mengenakan empat bentuk hukuman terhadap SFC sebagai denda ke atas tindakan pasukan tersebut yang ‘tidak hadir’ pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei lalu.

Hukuman yang diputuskan menerusi mesyuarat Lembaga Pengarah MFL itu termasuk denda RM100,000 yang mana wang berkenaan akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

Foto: MFL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) turut memaklumkan bahawa skuad berkenaan dikenakan tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, JDT dan MFL, pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dan perlawanan Liga Super yang membabitkan SFC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga akan dimainkan tanpa penonton.

Untuk makluman, selain Rizam, dua lagi ADUN turut menyumpang kepada SFC sebagai solidari sokongan mereka kepada Gergasi Merah, iaitu penyanyi rap terkenal merangkap ADUN Lembah Jaya, Altimet dan ADUN Kota Damansara, Izuan Kasim.

Sumber: Facebook Rizam Ismail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd