Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Adik Najib Razak, Nazir Razak Selamat Bernikah Kali Kedua

Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak dilaporkan selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Yati Zainuddin.

Menurut laporan Astro Awani, ia susulan tular sekeping gambar memaparkan bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) itu menyarung cincin kepada isterinya di atas pelamin.

Nazir Razak selamat bernikah

Nazir Razak selamat bernikah

Difahamkan, gambar tersebut dimuat naik oleh anak bongsu Najib, Norashman menerusi sebuah hantaran di InstaStory pagi tadi.

“Congrats Uncle Jay @nazir.razak,” tulisnya Ashman ringkas.

Sementara itu, majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu turut diraikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel berkaitan: Kes SRC: Mahkamah Persekutuan Majoriti 4-1 Tolak Permohonan, Najib Kembali Ke Penjara

Menerusi laman Instagram, Tony berkongsi beberapa hantaran gambar termasuk mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata.  Bagaimanapun, pasangan tersebut dilaporkan bercerai pada tahun ini.

Sumber: Astro Awani (Umavathi Ramayah), Instagram Ashman Najib & Tony Fernandes

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd