Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Adidas Tamatkan Kontrak, Kanye West Jatuh Miskin & Bukan Lagi Billionaire

Penyanyi rap popular, Kanye West dikatakan sudah jatuh muflis dan bukan lagi berstatus billionaire apabila pihak Adidas telah menamatkan kontrak perjanjian mereka.

Menurut laporan TMZ, kenyataan anti semitik adalah punca Adidas membuat keputusan berkenaan kerana tindakan berani penyanyi itu telah menyebabkan  kemarahan dalam masyarakat Amerika Syarikat.

Walaupun jumlah kerugian tidak dapat dijangkakan, namun, pembatalan kontrak bersama Adidas usdh cukup membuatkan penyanyi tersebut jatuh muflis dan miskin.

Malah, dikatakan nilai kerjasama Adidas bersama penyanyi itu adalah melebihi RM7 billion dan tanpanya, nilai Kanye hanya sekitar RM1.9 juta sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Bukan itu sahaja, dipercayai jenama mewah yang lain seperti Balenciaga, MRC serta agensi Creative Artist juga turut menamatkan kerjasama mereka bersama Kanye West.

Sebelum ini, bekas suami bintang tersohor, Kim Kardashian  mengeluarkan komen bersifat anti-Yahudi sehingga mencetuskan kemarahan dan kritikan orang ramai.

Difahamkan juga, cubaannya untuk menjalinkan kerjasama bersama jenama Skechers akhirnya mengundang padah apabila dia dihalau keluar dari pejabat urusan itu sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd