Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas UPSI: Sakit Belum Pulih, Adham Lebih Risaukan Ibu Alami Komplikasi Buah Pinggang

Adham Lebih Risaukan Ibu

Di sebalik tragedi nahas bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu, tersingkap kisah menyayat hati seorang pelajar yang terselamat tetapi masih diuji hebat.

Mangsa cedera, Tuan Muhammad Adham Tuan Adnan, 21, berkata hidupnya bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila ibunya dimasukkan ke hospital sejurus selepas beliau sendiri menjalani pembedahan memasukkan besi di tangan kiri yang patah akibat kemalangan tersebut.

“Ibu dimasukkan ke hospital ketika saya baru selesai pembedahan di Hospital Taiping. Dalam perjalanan pulang ke kampung, abang beritahu ibu dikejarkan ke hospital. Waktu itu saya cemas, saya cuma fikir nak cepat sampai dan tengok keadaan ibu,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor Keladi, di sini, pada Jumaat.

Adham Lebih Risaukan Ibu Alami Komplikasi Buah Pinggang

Ibunya, Zunidah Ibrahim, 51, dimasukkan ke Hospital Besut pada 13 Jun akibat komplikasi buah pinggang tahap enam. Beliau turut menghidap darah tinggi dan kencing manis.

Adham yang juga anak bongsu daripada tiga beradik menerima 24 jahitan pada tangan kiri dan dijangka menjalani proses membuka jahitan pada 25 Jun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun saya belum pulih sepenuhnya, setiap kali ke Klinik Jerteh untuk rawatan susulan, saya singgah ke hospital tengok keadaan ibu,” katanya.

Artikel lain: Nahas UPSI: Beberapa Mangsa Terselamat Alami Cacat Kekal

Lebih meruntun jiwa, ayahnya, Tuan Adnan Nik Him, 60, yang juga orang kurang upaya fizikal, mengalami masalah penglihatan akibat penyakit katarak sejak hampir dua tahun lalu.

“Saya ada masalah penglihatan, tak nampak, dan juga masalah fizikal. Saya sukar bergerak. Ketika Adham kemalangan, saya minta bantuan adik untuk ke Perak. Waktu itu saya hanya mampu doa dan tunggu berita,” katanya.

Bapa saudaranya, Tuan Adli Nik Him, 42, berkata kedua-dua ibu bapa Adham memiliki kad OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Abang saya bukan buta sejak lahir, tapi kataraknya makin teruk dua tahun ini sampai hampir tak nampak. Isterinya pula ada kecacatan fizikal pada mulut, jadi pertuturannya tidak begitu lancar,” katanya.

Walaupun serba kekurangan, ketiga-tiga anak pasangan itu berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

“Kakak Adham belajar di Universiti Malaysia Kelantan, manakala abangnya pula sedang jalani latihan industri di Universiti Malaysia Terengganu,” katanya lagi.

Dalam nahas tragis di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, tiga rakan Adham iaitu Muhammad Adib Hazim Halim, Nurul Fatihah Abu Setaman, dan Nurul Izyanti Muhamad Azahar antara yang terkorban apabila bas yang membawa pelajar UPSI terbabas lalu merempuh sebuah Perodua Alza.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Tuan Adli di talian 013-9757896.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd