Connect with us

Hi, what are you looking for?

Uncategorized

Adele Nak Sambung Belajar Bidang Sastera, Mahu Jadi Seorang Pendidik

Penyanyi popular, Adele mendedahkan dia bernekad mahu menyambung pengajian demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang sastera untuk menjadi seorang guru.

Menurut laporan BBC, Adele memaklumkan dia sangat meminati kesusasteraan Inggeris dan sudah lama menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran pada tahap pendidikan Ijazah.

Ujar penyanyi yang berusia 34 tahun itu, dia mahu melanjutkan pelajaran ke alam universiti sama seperti pelajar lain dan boleh menggunakan ilmu tersebut selepas tamat pengajian.

“Saya boleh gunakan ilmu sastera Inggeris ini dalam apa juga bidang apabila tamat kelak. Jika saya tidak lagi menyanyi, saya boleh menjadi seorang guru dan memang berharap dapat melangkahkan kaki ke universiti,” katanya.

Tambahnya lagi, dia merancang untuk memenuhi permintaannya itu selepas tamat kontrak persembahan residen di Las Vegas pada 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BBC (Paul Glynn)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd