Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Adam Levine Curang Ketika Isteri Hamil, Nak Namakan Bayi Guna Nama Wanita Simpanan

Nama vokalis kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine menjadi topik hangat bualan ramai apabila dirinya didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang model disaat isterinya kini sedang hamil anak ketiga.

Tembelang itu dipecahkan dan didedahkan oleh model tersebut dikenali Sumner Stroh selepas wanita berkenaan memuat naik mesej perbualan mereka di TikTok.

Difahamkan, pendedahan itu dibuat selepas tiga hari isteri kepada vokalis Maroon 5 itu berkongsi foto selfie di hadapan cermin menampakkan baby bump.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Behati Prinsloo Levine (@behatiprinsloo)

Menerusi video dimuat naik, Stroh mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Levine meskipun vokalis itu sudah berkahwin dengan model Victoria’s Secret, Behati Prinsloo. Dedah Stroh, tindakan Levine itu seolah-olah mahu ‘memanipulasikan’ dia untuk menjalin hubungan sulit walaupun tahu isterinya kini hamil.

Stroh berkata, selepas berbulan mereka tidak menegur antara satu sama lain, Levine bertanyakan soalan kepada Stroh sama ada dia ‘okey’ atau tidak jika mereka (Levine dan isteri) menamakan nama Sumner kepada bayi ketiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Okey, soalan serius. Saya akan medapat anak lelaki dan saya ingin menamakan anak saya dengan nama Sumner. Awal okey tak dengan tu?”soal Levine kepada Stroh.

Dalam pada itu, Stroh dilihat mengimbas kembali saat dia dan Levin sedang menjalinkan hubungan sulit.

“Saya masih muda, naif. Sejujurnya, saya rasa dieksploitasi. Saya tidak berada di tempat kejadian seperti sekarang. Jadi, saya pasti sangat mudah dimanipulasi.
“Kami berdua bertemu antara satu sama lain kira-kira setahun. Selepas kami berhenti berhubung selama beberapa bulan, dia kembali ke dalam hidup saya.”ujarnya.

@sumnerstroh

embarrassed I was involved w a man with this utter lack of remorse and respect. #greenscreen

♬ original sound – Sumner Stroh

Apa yang mengecewakan model Instagram ini adalah tangkapan layar dikongsikan kepada beberapa rakan yang dipercayainya telah tular di mana  seorang daripada mereka cuba menjual kepada tabloid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dan, disebabkan itulah dia terpaksa tampil bersuara dan mengatakan beberapa foto tangkap layar memaparkan perbualannya dan Levine adalah benar.

Selain itu, model berkenaan turut memuat naik tangkap layar mesejnya bersama Levine yang tidak dinyatakan tarikh.

“Awak (Stroh) begitu cantik dan 50 kali ganda lebih cantik jika jumpa depan-depan dan begitu juga saya,”tulis Levine.

View this post on Instagram

A post shared by Sumner Stroh (@sumnerstroh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan daripada penyanyi She Will Be Loved mengenai penularan berita tersebut.

Sekadar info, Adam Levin berkahwin dengan Behati Prinsloo pada tahun 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Dusty Rose dan Gio Grace. Bakal menyusul kelahiran anka ketiga tidak lama lagi.

Sumber: TikTok @sumnerstroh, Instagram @behatiprinsloo @sumnerstroh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). Foto:...

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM)....

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau Rob Friend meluahkan hasratnya untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia. Hasrat bawa Malaysia ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd