Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kakak Nafi Ada Individu Mahu ‘Hapus’ Bella – “Saya Tak Tahu Mana Mereka Dapat Cerita”

Kakak kepada Mila Sharmila Samsusah iaitu Norhisham nafi dakwaaan ada individu mahu ‘hapus’ Bella seperti mana khabar angin yang tular di media sosial.

Menurut laporan Sinar Harian, dia menegaskan cerita tersebut tidak pernah diceritakan oleh Bella sebelum dilaporkan hilang pada 14 Disember lalu.

“Saya tak tahu mana mereka dapat cerita ini,” jawabnya selepas ditanya tentang berita yang mengatakan ada orang nak ‘hapuskan’ Bella seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.

Terdahulu, Ibu saudara Bella iaitu Napisah Salleh, 53, mendakwa anak saudaranya itu pernah memberitahu ada individu mahu ‘menghapuskannya’ dengan melanggar menggunakan kereta hingga meninggal dunia.

Menurut laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Bella kepada Napisah seminggu sebelum kehilangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kakak nafi ada individu mahu ‘hapus’ Bella

Artikel lain: Bapa Saudara, Teman Lelaki Antara 3 Yang Ditahan Susulan Penemuan Rangka

Bella sehingga kini masih belum dijumpai dan pertemuan rangka di dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah masih menjadi misteri.

Ibu saudaranya tidak menyangka cerita yang diluahkan oleh Bella menjadi kenyataan malah, seakan memberi bayangan sesuatu buruk akan terjadi terhadap dirinya.

“Bella beritahu Mak Ngah, dekat rumahnya (ibu saudara), ada satu lorong gelap, ada orang langgar Bella.
“Orang itu langgar Bella dengan kereta. Jadi, Bella meninggal dunia dan individu itu ‘berlakon’ seolah-olah Bella meninggal dunia akibat kemalangan itu.
“Esoknya, keluar dekat media orang cakap Bella mati kemalangan padahal dia kena bunuh,” katanya.

Dalam pada itu, Norhisham turut yakin dengan nalurinya yang mengatakan orang yang paling dekat dengan Bella mempunyai kaitan dengan kehilangan adiknya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kekurangan bukti menjadi penghalang bagi meneruskan siasaran meskipun mempunyai maklumat mengenai individu terbabit.

“Cuma saya tak tahu macam mana polis siasat, padahal hari pertama yang saya buat laporan (16 Disember), banyak keraguan daripada lelaki itu.
“Kenapa polis tidak mengambil tindakan seawal itu? Sekurang-kurangnya kalau ada tindakan awal (tahan suspek), kita boleh jumpa lagi Bella.

“Pada hari penemuan rangka manusia itu, ada polis datang jumpa menerangkan penemuan rangka. Dia (polis) minta bagi tempoh dua hari untuk DNA (asid deoksiribonukleik).
“Polis sudah mengambil tisu dalam mulut daripada saya dan emak (Noraini) untuk ujian itu,” jelasnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani), Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd