Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

ACLE: JDT Akur Kekalahan, Tewas Tipis 0-1 Kepada Shandong Taishan

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) raih kemenangan ketiga di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini tidak kesampaian apabila tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan FC di Stadium Olimpik Jinan, pada Selasa.

Memetik laporan Berita RTM, jaringan pemain gantian, Zeca meranapkan hasrat JDT untuk membawa pulang tiga mata apabila tewas kepada kelab dari China itu.

Zeca dimasukkan minit ke-46 menggantikan Liu Yang menterjemahkan sentuhan Cryzan juga pemain gantian (Xie Wenneng) untuk gol minit ke-68 dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Olimpik Jinan.

ACLE: Hasrat JDT Kalahkan Shandong Taishan Kali Pertama Tertangguh Lagi

Foto: MakanBola

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua pasukan sebelum itu menampilkan corak permainan menghiburkan dengan Harimau Selatan tampak lebih agresif berbanding Taishan Dui lebih bertahan bergantung harap kepada serangan pantas.

Namun kegagalan jentera penyudah memanfaatkan peluang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol sehinggalah kemasukan Zeca dan Cryzan yang akhirnya menjelmakan jaringan tunggal perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Hector Bidoglio kini mengumpul tujuh mata hasil dua menang, satu seri dan dua tewas selepas mengharungi lima perlawanan.

ACLE: Kedudukan JDT Selepas Tunduk Di Tangan Shandong Taishan

Foto: MakanBola

Advertisement. Scroll to continue reading.

Taishan Dui kendalian Choi Kang-hee pula menambah tiga mata seterusnya mengumpul tujuh mata hasil dua menang, satu seri dan dua tewas setelah melengkapkan empat perlawanan.

Harimau Selatan selepas ini meneruskan kempen ACLE dengan melayan kunjungan kelab Thailand, Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 3 Disember depan.

JDT battle Shandong in crucial ACLE match

Foto: NewStraitsTimes

Namun sebelum itu, JDT yang juga penyandang juara Piala Malaysia dengan bekalan tiga gol akan berdepan kelab Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur Rovers dalam perlawanan kedua Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada 30 November.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita RTM

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Politik

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menitipkan doa dan ucapan terbaik buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd