Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Abdul Hadi Jumpa Duta Besar China, Cari Jalan Kukuhkan Hubungan Dua Negara

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang jumpa Duta Besar China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing semalam di Pejabat Kedutaan China di Malaysia dalam usaha ‘mengeratkan hubungan’ antara Malaysia dan China.

Menerusi satu kenyatan di Facebook, Abdul Hadi meluahkan rasa berbesar hati atas pertemuannya bersama Ouyang disamping berkata sempat berkongsi pandangan bersama.

Abdul Hadi jumpa Duta Besar China demi erat hubungan dua negara

Abdul Hadi Jumpa Duta Besar China

“Saya amat berbesar hati atas pertemuan dengan TYT Ouyang Yujing di Pejabat Kedutaan China di Malaysia.
“Kami berkongsi pandangan mengenai usaha-usaha yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin, meliputi aspek budaya, ekonomi dan hubungan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyampaikan penghargaannya terhadap kesungguhan Ouyang yang mencari jalan untuk memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia.

Beliau turut berharap pertemuan itu bakal membawa manfaat kearah keharmonian dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang budaya dan ekonomi antara dua negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdul Hadi Jumpa Duta Besar China

“Saya amat menghargai kesungguhan TYT dalam mencari jalan ke arah memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia serta ketelitian TYT dalam memahami budaya rumpun Melayu dan dunia Islam secara umumnya.
“Semoga pertemuan ini dapat membawa manfaat ke arag keharmonian dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang budaya dan ekonomi antara Malaysia dan China, khususnya di empat buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis,” ujarnya.

Artikel lain: Musa Aman Dilantik Sebagai TYT Sabah Baharu

Perkembangan ini hadir di kala pemimpin dalam parti Hadi dalam beberapa bulan kebelakangan ini sangat kritikal terhadap dakwaan China menjejaskan kedaulatan Malaysia dalam dua insiden kontroversi.

Abdul Hadi Jumpa Duta Besar China

Turut hadir pada pertemuan itu juga adalah anak Hadi, Muhammad Khalil dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, namun pemimpin PAS yang mengkritik China baru-baru ini tidak terlibat.

Sumber: Facebook Abdul Hadi Awang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd