Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Abang Maklum Jenazah Nur Farah Kartini Akan Dikebumikan Di Pekan, Pahang

Abang mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah iaitu Mohd Farriza Amir Abdullah memaklumkan bahawa jenazah adiknya akan dikebumikan di Pekan, Pahang.

Menerusi satu laporan Buletin TV3, lelaki berusia 28 tahun itu mengesahkan sendiri perkara berkenaan sekali gus memberitahu jenazah adiknya akan dituntut mereka hari ini juga.

Foto: Media Sosial

“Ya, jenazah adik saya akan dituntut hari ini, tetapi saya tak pasti lagi jam berapa. Jenazah akan dikebumikan di Pekan, Pahang. Maklumat lanjut akan saya maklumat nanti setibanya di Jabatan Forensik,” katanya.

Mohd Farriza juga memaklumkan sampel DNA ibunya akan diambil pihak hospital bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Proses bedah siasat jenazah mangsa wanita berusia 25 tahun itu dilaporkan selesai sepenuhnya pada jam 5.30 petang.

Foto: Buletin TV3

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat wanita berkenaan ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang , Hulu Selangor kira-kira pada jam 6 petang, Isnin lalu.

Pemeriksaan awal mendapati mayat itu dipercayai Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada 11 Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo! Online

Susulan itu, polis telah menahan seorang penjawat awam yang dipercayai teman lelaki mangsa dan telah direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Buletin TV3 (Siti Khadijah Jaafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd