Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Abang Ipar Dedah, Ria Ricis Tak Diberi Nafkah Batin Selepas Lahirkan Anak Pertama

Abang ipar kepada YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis iaitu Ory Vitrio mendedahkan adik iparnya tidak menerima nafkah batin daripada suami, Teuku Ryan selepas melahirkan anak sulung.

Suami Ria Ricis tak beri nafkah?

Menurut Ory Vitrio, Teuku Ryan mengabaikan nafkah batin isterinya selepas melahirkan anak pertema dan ia dikatakan punca keretakan rumah tangga pasangan itu.

Ory Vitrio yang juga suami kepada pendakwa Oki Setiana Dewi mendedahkan perkara tersebut dalam sebuah program temu bual Folbec ANTV.

“Mereka memang dalam proses perceraian. Dari saat melahirkan anak sehingga sekarang, Ria tidak pernah disentuh suami,”ujarnya.

Malah, memetik portal suara.com, pendakwah terkenal Ustaz Yusuf Mansur juga turut bersuara dan mengaku sudah mengetahui keadaan rumah tangga Ria Ricis dan suami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara salah satunya adalah Teuku Ryan tidak memberi nafkah batin kepada Ria Ricis selama 18 bulan berturut-turut selepas melahirkan anak.

“Sedihlah. Saya baca luahan Ria Ricis di media sosial tapi saya tidak tertarik. Saya tertariknya, doakan sahaja,”katanya.

Ria Ricis nafkah

Dalam pada itu, Ustaz Yusuf Mansyur juga mengingatkan Teuku Ryan mengenai hukum tidak memberikan nafkah batin untuk isteri.

“Makanya kan ada Sighat Taklik Talak, kalau bernikah dia kena tahu mengenai hukum, hukum sumpahan. Perempuan punya hak kan (nafkah batin),”katanya lagi.
@muhammeddzakyrurendra

#ustadyusufmansur #riaricis #teukuryantr #gugatcerai

♬ suara asli – Ahmed Dzakcky Putra Neymar – Ahmed Dzakcky Putra Neymar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minta jangan fitnah!

Susulan itu, Teuku Ryan tampil bersuara dan meminta agar abang iparnya tidak membuat fitnah mengenai isu pemberian nafkah batin kepada isterinya.

“Allah Maha Tahu. Seorang yang faham agama memfitnah seperti ini? Semoga Allah memberi hidayah kepada-Nya.
“Sejak bersalin tidak disentuh? Sebaiknya jangan fitnah. Allah Mahu Tahu abang Rio (Ory) juga faham agama. Mohon beri sokongan yang baik-baik sahaja,”ujar Teuku Ryan.

Memetik laporan dari CNN Indonesia, adik kepada pendakwah, Ustazah Oki Setiana Dewi itu telah membuat permohonan untuk bercerai di Pengadilan Agama Jakarta pada 30 Januari 2024.

Artikel lain: Tak Sampai 3 Tahun Nikah, YouTuber Terkenal Indonesia, Ria Ricis Fail Cerai

Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan dengan cukup mewah pada 12 November 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Cut Raifa Aramoana yang dilahirkan pada 26 Julai 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keretakan rumah tangga mereka mulai dihidu netizen apabila kedua-duanya tidak lagi memuat naik perkongsian di media sosial bersama sejak penghujung tahun 2023.

Walaupun pada awal tahun 2024 mereka mengerjakan umrah bersama-sama keluarga besar, namun tiada kelibat mereka berada dalam satu momen yang sama.

Ria Ricis nafkah

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd