Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pulangkan Beg Pelancong Yang Tertinggal, Abang Beca Dapat Penghargaan Datuk Bandar!

Sikap jujur seorang pengayuh beca di bandar Melaka mencuri perhatian ramai apabila tindakannya memulangkan beg tangan milik seorang pelancong yang tertinggal di becanya menerima pengiktirafan rasmi daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Abang Beca dapat penghargaan!

Menerusi satu hantaran di Facebook MBMB, pengayuh beca tersebut Riduan Salleh menerima sijil penghargaan yang disampaikan sendiri oleh Datuk Bandarnya, Datuk Shadan Othman sebagai tanda penghormatan atas nilai murni dan kejujuran yang ditunjukkan.

Abang Beca

Foto: Facebook MBMB

MBMB berkata, tindakan seperti itu bukan sahaja mencerminkan keperibadian terpuji seorang individu, malah membawa imej positif kepada seluruh komuniti pengayuh beca serta negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan berintegriti.

Artikel lain: Melaka Cadang Semua Guru Dibenar Merotan Dengan Syarat, Mahu Tanam Rasa Hormat

Abang Beca

Foto: Facebook Jabatan Pelesenan Dan Kesihatan Persekitaran MBMB

Dalam masa sama, MBMB berkata Shadan turut menasihatkan orang ramai dan pelancong agar sentiasa berwaspada serta menjaga keselamatan dan barangan peribadi, khususnya di kawasan tumpuan pelancong yang sering sesak dengan kehadiran orang ramai.

MBMB berharap amalan keprihatinan dan nilai murni seperti ini dapat terus dipraktikkan, sekali gus menyokong usaha merancakkan Tahun Melawat Melaka 2.0 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Abang Beca

Foto: Facebook MBMB

Sesi penghargaan itu turut dihadiri Timbalan Pengarah (Pentadbiran/Penguatkuasaan) Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran MBMB, Pn. Ts. Freda Hafiz Yeo bersama pegawai kanan jabatan.

Sumber: Facebook MBMB

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd