Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Aaron Rasmi Program Wacana Ilmu Sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Wacana Ilmu Sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di pekarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (MPK), Melaka hari ini.

Program anjuran Arkib Negara Malaysia (ANM) ini diadakan bersempena memperingati Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

Program Wacana Ilmu

Aaron berkata, kementerian sentiasa berusaha mengisi ruang-ruang kosong maklumat pensejarahan negara supaya menjadi lebih lengkap dan menyeluruh untuk menanamkan rasa kecintaan kepada negara.

“Ia selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan mengukuhkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum di negara ini.
“Saya juga menyeru kepada semua rakyat khususnya anak-anak muda untuk mengambil iktibar daripada perjuangan orang-orang terdahulu yang mengenepikan perbezaan pendapat, kepentingan diri dan meletakkan matlamat untuk membebaskan bangsa dan negara dari penjajah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut.

Program tersebut turut menyediakan ruang interaksi pemikiran ilmiah serta perkongsian mengenai peristiwa pengisytiharan tarikh kemerdekaan sebelum, semasa dan selepas 20 Februari 1956 dalam menuju kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KPN Cadang 14 Ogos Diangkat Sebagai Hari Kaligrafi Perpaduan Nasional

Sementara itu, beliau mengumumkan bahawa kementerian melalui ANM akan melaksanakan Program ‘Arkib Komuniti’ iaitu sebahagian daripada usaha untuk ‘Memasyarakatkan Arkib’.

“Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk memperkasa peranan masyarakat dalam memelihara khazanah warisan negara serta terlibat sama dalam pengumpulan koleksi warisan negara,” ujarnya.

Turut dirasmikan Majlis Pelancaran Buku KarTunku 1957-1963: Lakaran Eksklusif Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia yang diinspirasikan dari koleksi gambar, poster dan dokumen bersejarah yang disimpan di Arkib Negara Malaysia meliputi tahun 1940-an sehingga 1960-an.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd