Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

AADK Sifatkan Cadangan Ujian Air Kencing Sebagai SOP Konsert Tidak Praktikal

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyifatkan cadangan ujian saringan air kencing sebagai prosedur operasi standard (SOP) bagi pengunjung konsert adalah tidak praktikal kerana proses yang memakan masa lama.

Ujian Air Kencing

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh mengatakan sebaliknya fokus perlu diberikan kepada program pencegahan penyalahgunaan dadah.

“Konsert bukannya berlangsung di sebuah dewan tetapi stadium. Proses pengambilan sampel air kencing bukan sembarangan. Ia membabitkan proses tertentu bagi menentukan keputusan positif atau negatif, dan proses itu mengambil masa yang panjang.
“Justeru, usaha yang perlu difokuskan sekarang ialah program pencegahan (penyalahgunaan dadah). Saya melihat program pencegahan dan kempen itu lebih ampuh.
“Kita perlu mempergiatkan kempen dan aktiviti pencegahan secara lebih meluas,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Amanat Ketua Pengarah Dan Perhimpunan Bulanan AADK 2025 di Kajang hari ini.

Artikel lain: Konsert PinkFish: Polis Rakam Keterangan 43 Individu Termasuk Penganjur

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ruslin berkata, AADK menyatakan kesediaan untuk menjalankan ujian secara rawak, namun bukan untuk kesemua pengunjung memandangkan jumlah yang terlalu ramai.

Antara cadangan alternatif yang dikemukakan termasuk mencetak logo antidadah pada tiket konsert dan menayangkan video atau slaid antidadah sebelum konsert bermula.

“Satu lagi cadangan ialah menerapkan konsep kehadiran atau ‘omnipresence’. Contohnya sebelum konsert berlangsung pada waktu malam, AADK boleh datang pada sebelah petang bersama pasukan pencegahan dan bertemu orang ramai serta memberikan pendedahan. Kita boleh menunjukkan kepada orang ramai mengenai bentuk pil dadah dan sebagainya… kerana sebahagian daripada mereka tidak tahu,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan isu tersebut timbul selepas Kerajaan Selangor mencadangkan untuk menjadikan ujian saringan air kencing sebagai sebahagian daripada SOP bagi pengunjung konsert di negeri berkenaan.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Nasional

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa tidak melibatkan institusi itu. Ketua...

Lokal

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space yang didakwa mengandungi unsur berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd