Gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mendapatkan khidmat bekas rakan sepasukan Ronaldo yang terkenal dengan pertahanan kental, Alvaro Gonzalez sekaligus memaparkan kelab itu benar-benar serius untuk melangkah jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Kehadiran Gonzales yang merupakan rakan karib Cristiano Ronaldo di kelab Arab Saudi, Al-Nassr diumumkan secara rasmi pada Selasa menerusi Facebook Johor Southern Tigers (JST), sekaligus bakal memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan itu.
Bekas rakan sepasukan Ronaldo sertai JDT
Difahamkan, khidmat pemain kelahiran Sepanyol itu adalah untuk aksi membabitkan saingan ACLE sahaja di mana JDT ketika ini berpeluang untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik.
Sementara itu, bekas pertahanan tengah Olympique Marseille yang berusia 35 tahun itu bakal menyarung jersi bernombor 27.
“Dari La Liga ke Ligue 1 dan Saudi, kini ke rumah Harimau Selatan, Alvaro Gonzales,” kata kenyataan di JST itu.
Sekadar info, Gonzalez tiba ke JDT selepas dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al-Qadsia dan miliki pengalaman luas bermain di Liga Sepanyol dan Perancis bersama pasukan ternama.
Artikel lain: Larangan Pasang Khemah Di Pantai PD, Cegah Isu Khemah Biru Berulang – Exco
Selain Gonzalez, difahamkan dua lagi bekas rakan sepasukannya di skuad Harimau Selatan itu, dan media Sepanyol mendedahkan Jonatahan Viera dan Roque Mesa turut akan ke Johor.
JDT benar-benar serius, ambil khidmat bekas rakan sepasukan Ronaldo
“Jonathan Viera, Roque Mesa dan Alvaro Gonzalez menyertai Jese di JDT di Malaysia untuk empat perlawanan (ACLE). Trio Sepanyol menuju ke Malaysia.
“Tiga bekas pemain La Liga yang terkenal akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk memperkuat skuad JDT, kelab terkuat di negara ini,” lapor media Sepanyol, Relevo.
Sumber: Facebook Johor Southern Tigers