Tular di media sosial satu video memaparkan seorang remaja ancam ibu guna senjata tajam iaitu pisau susulan permintaannya untuk dibelikan skincare atau set penjagaan kulit tidak ditunaikan.
Menerusi satu hantaran di Instagram, medsos_rame telah memuat naik satu video yang dirakam di Pamelang, Indonesia memaparkan remaja perempuan tersebut yang sedang memegang pisau dan sebatang kayu.
Remaja ancam ibu guna senjata tajam
Awalnya remaja itu memegang dua bilah pisau namun jirannya berjaya merampas salah satu daripadanya dengan memukul tangan gadis itu menggunakan penyapu.
Bagaimanapun, cubaan kedua untuk merampas satu lagi pisau gagal kerana remaja itu berjaya memunggut semula pisau tersebut dengan pantas selepas terjatuh dari tangannya.
Remaja itu juga cuba memukul jirannya yang berjaya menjatuhkan pisau tersebut menggunakan batang kayu yang gadis itu sedang pegang.
Pada masa yang sama, remaja tersebut tetap mengugut dan mengancam ibunya sambil menunjukkan pisau tersebut kepadanya disamping turut menyebut perkataan mati.
Pada video itu juga, kelihatan ibunya berdiri jauh daripada anaknya sendiri kerana tidak mempunyai barang untuk mempertahankan dirinya.
Jiran-jirannya cuba untuk menenangkan remaja tersebut, namun kemarahannya sukar untuk dipadam dan gadis itu terus menerus mengancam ibunya.
Menerusi tinjauan di media sosial, kejadian tersebut bermula selepas remaja berkenaan balik ke rumahnya dalam keadaan marah sebelum mengambil dua bilah pisau dari dalam rumahnya.
Tidak dibelikan skincare, remaja ancam ibu guna senjata tajam
Artikel lain: Lelaki Mirip Harry Potter Jadi Perhatian Di India, Nikmati Makanan Tradisional Bhandara
Dia kemudian keluar dan mendekati ibunya, sebelum wanita tersebut mengundur diri selepas diminta oleh jiran-jirannya bagi menjaga keselamatannya.
Remaja itu terus menerus cuba mendekati ibunya dan mengancamnya menggunakan pisau yang sedang dia pegang, namun jiran-jirannya ada melindungi ibu remaja berkenaan.
Remaja ancam ibu guna senjata tajam kerana tidak dibelikan skincare
Sementara itu, memetik laporan merdeka.com, Ketua Polis Daerah pemalang AKBP Eko Sunaryo berkata selepas menerima laporan, pihak berkuasa telah bergegas ke rumah remaja tersebut.
“Dalam kejadian itu, anggota polis memberikan nasihat kepada anak tersebut agar tidak mengulangi perbuatannya,” kata Eko.
Beliau turut mendedahkan ibu bapa remaja tersebut turut menyatakan ketika ditemui polis bahawa tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anak mereka sendiri.
“Memang benar, kedua-dua ibu bapa berkata mereka tidak akan membawa perkara itu ke tindakan undang-undang, dan mereka merancang untuk membawa anak mereka ke pakar psikiatri untuk kaunseling,” jelas Eko.
Tambahnya, pihaknya akan kerap mengunjungi kediaman remaja itu bagi mengelakkan kejadian sama tidak berulang.
Sumber: Instagram medsos_rame, X B3doel___, merdeka.com