Kebakaran hutan baharu dilapor di Los Angeles semalam dan merebak dengan pantas sehingga memaksan puluhan ribu penduduk untuk berpindah dari kawasan yang terjejas akibat kebakaran paling dasyat dalam sejarahnya.
Kebakaran yang diberi nama jolokan The Hughes itu menyala pada pagi Rabu berhampiran Tasik Castaic di kawasan pergunungan yang bersempadan dengan beberapa kawasan perumahan dan sekolah, lapor BBC.
Kebakaran hutan baharu dilapor di Los Angeles
Kebakaran itu telah merebak kepada lebih 9,200 ekar hanya dalam tempoh masa beberapa jam susulan angin dan tumbuhan kering di kawasan tersebut.
Buat masa sekarang, tiada rumah atau bangunan yang rosak disebabkan oleh kebakaran baharu ini dan pegawai bomba yakin dapat mengawalnya.
Sementara itu, saluran berita tempatan menunjukkan penduduk berhampiran kebakaran The Hughes itu menyiram rumah dan tanaman mereka dengan air, manakala yang lain tergesa-gesa berpindah dari kawasan kejiranan.
Api jingga juga kelihatan di sepanjang pergunungan sementara pesawat pula menjatuhkan air dan bahan pemadam api ke atasnya.
Penduduk diarah berpindah susulan kebakaran hutan baharu dilapor di Los Angeles
Kawasan itu kini sekali lagi berada di bawah amaran bendera merah yang mana ia mempunyai risiko kebakaran tinggi susulan angin kencang dan keadaan kering dengan kelembapan rendah.
Menurut Sheriff Daerah Los Angelos, Robert Luna, kira-kira 31,000 penduduk di kawasan itu diberi perintah pemindahan mandatori dan 23,000 lagi telah diberi amaran bahawa mereka perlu meninggalkan kawasan tersebut.
Artikel lain: Hutan Terbakar Los Angeles: Rumah Selebriti Popular Turut Dilaporkan Terbakar
“Sebuah penjara yang turut berada di kawasan tersebut telah memindahkan hampir 500 tahanan dari fasiliti tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Bomba Daerah Los Angeles, Anthony Marrone berkata beliau percaya bahawa pasukan penyelamatnya sedang membuat kemajuan dalam mengawal api tersebut.
Bagaimanapun, katanya kebakaran The Hughes berbeza berbanding kebakaran Palisades dan Eaton yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 28 nyawa serta memusnahkan lebih dari 10,000 kediaman dan perniagaan.
Dalam keadaan terkawal, kebakaran hutan baharu dilapor di Los Angeles
“Kebakaran ini masih sukar untuk dikawal, tetapi kami ada kelebihan. Saya rasa kita semua berada dalam keadaan tegang sejak 16 hari lalu.
“Kami dapat mengumpulkan banyak sumber bomba lebih awal untuk mengubah kebakaran ini,” ujar Marrone.
Sumber: BBC