Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tampar Kakitangan PUSPAKOM, Pemandu Lori Akan Didakwa Esok

Seorang lelaki pemandu lori akan didakwa di Mahkamah Johor Bahru esok atas tuduhan menampar seorang kakitangan  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Johor Bahru susulan tular video kejadian tersebut baru-baru ini.

Pemandu lori tampar kakitangan PUSPAKOM bakal didakwa esok

kakitangan PUSPAKOM

Foto: media sosial

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada November tahun lalu sebelum video kejadian tular di media sosial pada 16 Januari lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Pendakwa Raya pada 20 Januari dan telah mendapat arahan bagi mendakwa suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di bawah Seksyen 323 kanun keseksaan suspek yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima satu tahun atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Artikel lain: Polis Sahkan Insiden Tampar Kakitangan PUSPAKOM Adalah Kejadian November Lalu

Terdahulu, video tular menunjukkan mangsa berumur 38 tahun ditampar oleh suspek berumur 59 tahun akibat tidak berpuas hati dipercayai apabila lorinya gagal dalam pemeriksaan PUSPAKOM.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd