Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tol Percuma: Radzi Jidin Dakwa Kenyataan Ahmad Zahid, Alexander Bercanggah

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Radzi Jidin mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai tol percuma musim perayaan.

Tol Percuma

Foto: Kosmo! Online

Menurut laporan Sinar Harian, Radzi mendakwa Alexander sebelum ini menyatakan Kabinet memutuskan tiada tol percuma dari tahun 2020 hingga 2025.

Foto: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala beliau mendakwa Ahmad Zahid pula mengesahkan Kabinet telah berbincang dan memutuskan tol percuma tidak menyelesaikan masalah kesesakan.

Artikel lain: Bukan Saya Mansuh UPSR, PT3 Tetapi Putrajaya (Radzi Jidin) – Fadhlina

“Kenyataan ini telah menimbulkan reaksi yang cukup negatif daripada rakyat Malaysia. Apakah akan ada watak seorang hero datang menyelamatkan keadaan? Kita tunggu.
“Sejak semalam, kita dihidangkan dengan beberapa babak berkaitan dengan tol di musim perayaan. Hari ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membuat kenyataan keputusan menghentikan tol percuma itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini,” katanya menerusi video di laman sosial pada Rabu.

Foto: Utusan Malaysia

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil  berkata pengumuman Alexander berpandukan keputusan dasar sebelum ini, namun kerajaan terbuka menerima pelbagai pandangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Radzi berkata kenyataan Fahmi mungkin disebabkan reaksi rakyat terhadap pengumuman Ahmad Zahid dan Alexander.

“Apakah mungkin setelah melihat reaksi daripada rakyat, maka Fahmi membuat kenyataan yang mana menyatakan Kabinet akan membincangkan dalam mesyuarat pada Jumaat ini.
“Sahabat semua agaknyalah apakah yang akan berlaku dalam babak keempat? Apakah akan ada watak seorang hero datang menyelamatkan keadaan? Kita tunggu,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Siti Noor Faezah Muda)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Dunia

Tidak sampai 24 jam ditutup, TikTok kembali beroperasi di Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan beliau akan menghidupkan semula aplikasi tersebut...

Sosial

Tular di media sosial seorang wanita di Jakarta, Indonesia putus hubungan saudara dengan adik beradik kerana kecewa dengan sikap lepas tangan dalam menjaga bapa...

Sukan

Bekas pemain beregu lelaki kebangsaan, Koo Kien Keat menyuarakan keyakinannya terhadap potensi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk menjadi juara dunia berdasarkan prestasi cemerlang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd