Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kumpul Pemain Industri, PIFF 2025 Buka Ruang Teroka Potensi Francais Kopi Dan Kafe

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), agensi yang dikawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) mengumumkan peluncuran PERNAS International Franchise Festival atau PIFF 2025 yang bakal berlangsung dari 7 hingga 9 Februari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dengan tema “Brew Your Success: Empowering Entrepreneurs”, PIFF 2025 ialah acara bertaraf dunia yang mengumpulkan usahawan, pemain industri dan jenama francais khususnya sektor kopi dan kafe.

PIFF 2025 buka ruang teroka potensi francais kopi dan kafe

piff 2025

“Acara ini memberi tumpuan kepada pada usahawan dan pemain industri menimba ilmu, menjalin kerjasama dan meneroka potensi industri francais dan sektor kopi dan kafe di Malaysia,” kata PERNAS dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, PIFF 2025 juga akan melakar sejarah dengan peluncuran Dasar Francais Negara (DFN) 2030 yang akan merangkumi lima teras utama, iaitu menambah baik polisi dan tadbir urus francais dan mempromosi francais sebagai model perniagaan pilihan.

Selain itu, teras utama DFN 2030 termasuk memantapkan kapasiti dan keupayaan francais, mengoptimumkan capaian bantuan kewangan kepada usahawan francais dan meningkatkan akses pasaran domestik dan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selaras dengan teras kelima DFN 2030, PIFF 2025 bakal menjadi platform para usahawan untuk menembusi pasaran global,” ujar PERNAS.

PERNAS juga akan menerapkan elemen ASEAN melalui penyertaan pempamer dan acara-acara yang diadakan sempena Kepengerusian ASEAN pada tahun ini.

Antara acara yang akan ditampilkan ialah penyertaan jenama kopi, teh dan kafe tempatan serta antarabangsa, sesi rangkaian dan padanan perniagaan untuk pemain industri, usahawan baharu dan perniagaan sedia ada.

Selain itu, festival ini juga akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk seni latte, barista, permainan e-sukan, konsert mini dan banyak lagi.

Artikel penuh: Khidmat Jet Pejuang Sukhoi Su-30MKM TUDM Diteruskan Sehingga Tahun 2035

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selaku Peneraju Francais Malaysia, PERNAS kekal komited untuk memajukan sektor francais.
“Dengan pasaran kedai kopi berjenama di Malaysia mencatatkan pertumbuhan luar biasa sebanyak 28% pada tahun 2023, PIFF 2025 bersedia untuk memanfaatkan momentum ini dan menyediakan platform untuk perkongsian ilmu, inovasi dan kerjasama industri,” ujar PRENAS.

Sementara itu, Pengerusi PERNAS, Datuk Hazimah Zainuddin turut melahirkan rasa teruja mengenai festival ini dan menyifatkan PIFF 2025 lebih dari sekadar acara biasa.

“PIFF 2025 lebih dari sekadar acara, ia mencerminkan misi kami untuk memberi inspirasi dan mengangkat sektor keusahawan di Malaysia,” katanya.

Pempamer dan penggiat industri khususnya dalam sektor kopi dan kafe yang hadir berpeluang menjalin hubungan dengan rakan kongsi global, meneroka peluang pembiayaan dan rangkaian perniagaan serta teknologi terkini dan mengakses pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pada masa yang sama, PIFF juga menjadi platform kepada pempamer dan penggiat industri untuk mempromosikan perniagaan dan jenama mereka ke pasaran yang lebih besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). Foto:...

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM)....

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau Rob Friend meluahkan hasratnya untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia. Hasrat bawa Malaysia ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd