Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penangkap Ular Terkenal Dipatuk Tedung, Berisiko Hilang Lengan

Penangkap ular terkenal di Krabi kini menerima sokongan daripada orang ramai selepas dipatuk reptilia gergasi yang mengakibatkan dia berada dalam keadaan kritikal dan berisiko kehilangan lengannya.

Penangkap ular terkenal Krabi kritikal

Penangkap Ular Terkenal Krabi

Foto: Thaiger

Menurut laporan Thaiger, berita itu tersebar selepas perkongsian di media sosial yang menunjukkan sukarelawan berusia 40 tahun, Sutee “Bung Cha” Naewhat yang bertugas dengan Organisasi Pentadbiran Subdaerah Ao Nang sedang menerima rawatan akibat dipatuk ular pada lengannya.

Teman wanita Sutee menceritakan kejadian yang berlaku pada 24 Disember tahun lalu dimana Sutee dipanggil ke rumah saudara di Khao Thong, daerah Mueang, wilayah Krabi untuk menangkap seekor ular besar yang ditemui di dalam rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pelakon China Hilang Di Sempadan Thailand-Myanmar Selamat Ditemui, Mungkin Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia

Ketika cuba menangkap ular tersebut menggunakan peralatannya, Sutee telah diserang ular pada bahagian lengan dan segera dibawa ke hospital dan dirawat selama beberapa hari.

Doktor menyatakan bahawa ketenangan Sutee semasa dipatuk telah menghalang lebih banyak bisa memasuki aliran darahnya, namun lengannya memerlukan pembedahan untuk membuang tisu yang rosak dan mencegah komplikasi lanjut.

Foto: Thaiger

Advertisement. Scroll to continue reading.

Segelintir individu telah berkumpul untuk memberi sokongan kepada Sutee, mengiktiraf komitmen jangka panjangnya dalam membantu orang lain dan kepakarannya dalam mengendalikan ular berbisa.

Teman wanitanya berkata bahawa Sutee yang mempunyai lebih 300,000 pengikut, suka membantu orang ramai dan telah menangkap ular selama lebih 17 tahun.

Menurut data Kementerian Kesihatan Awam Thailand, secara purata 30-40 orang meninggal dunia akibat dipatuk ular di Thailand setiap tahun, walaupun jumlah kes yang dilaporkan adalah lebih tinggi mencecah ribuan kes setiap tahun.

Kadar kematian yang rendah ini adalah disebabkan oleh akses meluas kepada rawatan perubatan, termasuk antivenom, dan peningkatan kesedaran awam tentang cara bertindak balas terhadap patukan ular.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Thaiger

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Tular di media sosial mengenai sepucuk surat pengesahan titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan supaya bekas...

Politik

Siapa sorok Titah Adendum? Demikian dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap kerajaan berhubung titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16,...

Dunia

Selepas lebih lima tahun dunia bergelut dengan Covid-19 dmana kes pertamanya dilaporkan di China, negara itu dilaporkan sekali lagi berdepan dengan satu ancaman virus...

Politik

Susulan kontroversi perhimpunan solidariti terhadap Datuk Seri Najib Razak, Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan agak aneh apabila PAS tiba-tiba jadi penyokong tegar bekas Perdana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd