Usai tularnya sebuah berita mengenai figura seorang pempengaruh Indonesia, Isa Zega yang mengerjakan ibadah umrah dengan memakai pakaian wanita, Lucinta Luna tampil memberikan satu respon yang menarik perhatian orang ramai.
Menerusi temu bual di YouTube, iaitu podcast Deddy Corbuzier, Lucinta memberitahu serta tidak mempertikaikan jantina sebenarnya malah secara terbuka mengaku dia dilahirkan sebagai seoramg lelaki.
Foto: Instagram lucintaluna_manjalita
“Saya Lucinta Luna alias Ayuna Putri yang telah disahkan oleh mahkamah. Nama sebenar saya Muhammad Fatah dan saya dilahirkan sebagai lelaki,” katanya pada Selasa.
Walaupun sudah menukar jantina secara sah dan biologi, Lucinta atau nama sebenar Muhammad Fattah, 35, menegaskan dia tidak akan bermain dengan agama seperti Isa Zega, iaitu berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah dan kembali menjadi seorang lelaki seperti yang diredhai oleh Islam.
Foto: YouTube Deddy Corbuzier
Sebaliknya Lucinta berani bersumpah sekiranya ada rezeki ke Tanah Suci, dia akan tampil sebagai seorang lelaki.
“Sedosa-dosa aku, aku tidak akan bermain atau persenda agama. Aku tidak akan menunaikan umrah sebagai seorang wanita.
“Jika ada rezeki dan sudah bersedia, aku berani bersumpah akan menjadi seorang lelaki apabila menjejakkan kaki ke rumah Allah,” ujarnya.
Foto: Padangkita
Justeru itu, rata-rata warganet kagum dengan pendirian pempengaruh itu dan mendoakan kesejahteraannya agar Lucinta diberikan hidayah untuk kembali kepada fitrah asal.
Foto: Instagram @zega_real
Terdahulu, warganet kecoh dengan kemunculan personaliti media sosial sensasi, Isa Zega yang juga seorang transgender berani mempersendakan agama dengan mengerjakan umrah sebagai seorang wanita.
Isa tampil mengenakan telekung sehingga ramai mencemuhnya kerana dianggap memperlekehkan kesucian agama Islam.
Sumber: YouTube Deddy Corbuzier, Instagram @zega_real