Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih RM45 Juta Wang Tunai Dirampas Daripada Bekas Pengarah JANS

Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram lapan tahun lalu, kata Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat.

Memetik laporan Astro Awani, menerusi keterangan saksi, wang tunai sebanyak RM23.69 juta dijumpai di pejabat Ag Mohd Tahir, 62, di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan RM8.56 juta di rumah tertuduh dan isterinya Fauziah Piut, 59,

Bekas pengarah jabatan air dibayar RM1.35 juta selama 11 tahun, mahkamah diberitahu | FMT

Foto: Free Malaysia Today

Manakala RM9.19 juta telah ditemukan di dalam kereta jenis Mazda dan RM4.13 juta dalam kereta jenis Mercedes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim menyatakan pelbagai mata wang asing dari pelbagai negara ditemukan serta wang dalam akaun bank Ag Mohd Tahir berjumlah RM4.15 juta turut disita.

“Mahkamah berpuas hati pendakwaan telah membuktikan bahawa OKT1 (Ag Mohd Tahir) menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah di JANS.
“Tertuduh telah terlibat dalam aktiviti haram, iaitu rasuah melalui skim kutipan berpusat yang bermula sejak tahun 2005 hingga tahun 2016,” ujarnya dalam penghakiman di akhir kes pendakwaan pada Rabu.

Bicara kes bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, dua lagi ditangguh ke 25 Jul | Daily Express Malaysia - Sabah's Leading News Portal

Foto: Daily Express

Lantaran itu, hakim turut memerintahkan yang tertuduh, isterinya dan bekas Timbalan Pengarah JANS Lim Lam Beng, 70, membela diri atas pertuduhan pengubahan wang haram setelah mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Ag Mohd Tahir berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama.
Tertuduh dan isterinya juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama atas dua pertuduhan, manakala Fauziah dan Lim masing-masing turut berdepan 19 serta empat pertuduhan di bawah seksyen dan akta sama.

Berdasarkan keterangan saksi juga, jelas bahawa skim kutipan berpusat itu tidak dapat dijalankan tanpa pengetahuan, arahan, kelulusan dan penglibatan Ag Mohd Tahir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wang tunai lebih RM45 juta dijumpai di pejabat, rumah dan kereta bekas Pengarah JANS Sabah - Hakim - UTUSAN SARAWAK

Foto: Utusan Sarawak

Semasa siasatan, tertuduh gagal memberikan penjelasan mengenai sumber wang yang dijumpai dan disita itu.

Isteri tertuduh juga memiliki lebih RM2.22 juta wang dalam akaun bank peribadinya, selain 921 barang kemas pelbagai jenis dan 93 beg tangan berjenama mewah.

Hakim memutuskan, berdasarkan penemuan tersebut, keterangan saksi, dokumen dan keterangan berdasarkan persekitaran, mahkamah berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa tertuduh itu, melalui suaminya, telah terlibat memiliki hasil daripada aktiviti haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wang dan masa terbuang, kena cari prospek antara sebab Faizal 'angkat kaki' daripada skim pelaburan

Foto: Carian Google

Walaupun Fauziah tidak terlibat dalam skim kutipan berpusat, namun perbuatan tertuduh memiliki hasil daripada aktiviti haram adalah terjumlah dalam kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta terbabit.

Oleh itu, mahkamah telah menetapkan 26 hingga 28 Feb dan 28 hingga 30 April tahun depan untuk tertuduh membela diri.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Spotlight

Bekas ahli kumpulan BigBang, T.O.P tidak akan kembali sertai BigBang kerana rasa bersalah yang masih menebal sehingga kini selepas dipenjara 10 bulan akibat penyalahgunaan dadah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd