Beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Korea Masters selepas kemenangan meyakinkan di Iksan Gymnasium, Jeolla Utara, pada Jumaat.
Foto: Sinar Harian
Menurut laporan Sinar Harian, gandingan yang menduduki tangga keenam dunia itu menunjukkan prestasi cemerlang apabila menewaskan pasangan tuan rumah, Kim Jae-hyeon-Lee Sang-won dalam perlawanan straight set pada peringkat suku akhir.
Aaron-Wooi Yik memulakan kempen dengan kemenangan 21-17 dalam set pertama sebelum mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan kemenangan 21-12 dalam set kedua yang berlangsung selama 33 minit.
Foto: Fly FM
Kejayaan tersebut seterusnya melayakkan mereka untuk bertemu pasangan beregu Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin yang menduduki tangga ke-76 dunia dalam aksi separuh akhir kejohanan Super 300 tersebut.
Pasangan Taiwan itu sebelum ini telah menewaskan beregu China yang berada di kedudukan ke-43 dunia, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han dengan keputusan 21-12, 16-21, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung selama 62 minit.
Sumber: Sinar Harian (Zuraimee Zainal)