Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

YWM Jalin Kerjasama Dengan Indonesia, Perkukuh Industri Wakaf Dua Negara

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menandatangani surat hasrat untuk jalin kerjasama dengan beberapa badan wakaf di Indonesia bagi memperkasakan dan mengangkat industri wakaf di mata dunia.

Majlis menandatangani surat hasrat kerjasama ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr Ridzwan Bakar dan turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

YWM jalin kerjasama dengan beberapa badan wakaf di Indonesia

Majlis menandatangani ini diadakan semasa lawatan kerja ke Indonesia dan menghadiri 13th Annual Meeting and Conference World Zakat dan Waqf Forum yang diketuai oleh Ridzwan bersama delegasi pada 30 Oktober hingga 3 November 2024.

Antara kerjasama yang termeterai dalam surat hasrat itu adalah YMM bersama Badan Wakaf Indonesia (BWI) skop kerjasama akan melibatkan perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan wakaf dan pembangunan kepakaran dan khidmat nasihat dalam bidang wakaf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, YMM dan Sinergi Foundation Indonesia (SF) akan memberi fokus kepada perkongsian kepakaran dalam perniagaan kontemporari yang berteraskan wakaf, menerokai potensi pelaburan wakaf di Indonesia, kolaborasi dalam pembangunan wakaf bersifat ekonomi dan pengagihan dana manfaat wakaf di YMM dan SF.

Sementara itu, YWM dan World Zakat dan Qaqf Forum (WZWF) akan memfokuskan kepada pengukuhan wakaf seterusnya sebagai platform untuk mengangkat wakaf di mata dunia.

Disamping itu, YWM dan Universiti Islam Bandung (UNISBA) bagi tujuan pelaksanaan penyelidikan dan Pendidikan berkaitan wakaf serta mempromosi pembangunan wakaf di kedua-dua negara.

Artikel lain: YWM Waqaf Hutan, NRES Galak Pemuliharaan & Pemeliharaan Destinasi Ekopelancongan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menerusi kerjasama ini jelas memperlihatkan nilai kebersamaan antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkasakan filantropi Islam dan pemberdayaan ekonomi melalui instrumen wakaf.
“Dokongan bersama ini bakal membuka peluang kepada perkongsian ilmu dan kepakaran, amalan terbaik dan pelaksanaan projek produktif yang dapat melestarikan industri wakaf bagi kedua-dua negara,” kata YWM dalam sebuah kenyataan.

Dalam pada itu, wakaf ekonomi yang bersifat komersil menjadi fokus utama YWM dalam menggerakkan wakaf produktif agar dapat menghasilkan pulangan yang akhirnya akan dikembalikan kepada masyarakat.

YWM dengan penuh iltizam akan terus mengorak langkah memperkasakan wakaf secara global selaras agenda nasional iaitu wakaf menyumbang 10% kepada pengembangan sektor kewangan Islam menjelang tahun 2030.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Lokal

Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram...

Sosial

Pendakwah dari Indonesia, Miftah Maulana mohon maaf kepada seorang penjual teh ais selepas tular video memaparkan beliau sedang melemparkan kata-kata kesat dan hina kepada...

Lokal

Isteri kepada seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan telah meninggal dunia di Tumpat, Kelantan, sekitar jam 9 malam tadi. Menurut laporan Buletin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd