Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sudah Tiba Masa TMJ Pimpin FAM Dan Harimau Malaya – Safee Sali

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali berpendapat bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya memerlukan penglibatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Foto: Facebook Safee Sali

Menerusi satu perkongsian Insta Story akaun Instagram miliknya, Safee meluahkan pendapat TMJ adalah individu yang paling berkelayakan dengan pengalaman mendalam serta pemahaman yang jitu tentang landskap bola sepak tempatan.

“Sekarang masa yang tepat. Berdasarkan pengalaman dan apa yang sudah dicapai oleh Tuanku, saya rasa figura seorang yang mengetahui dan faham industri bola sepak tempatan yang paling tepat ialah Tunku Ismail,” katanya.

Menurutnya lagi, kecemerlangan JDT terserlah melalui rekod, fasiliti dan pengurusan yang teliti, termasuk pembayaran gaji yang konsisten dan semangat pasukan yang tinggi, sekali gus mengangkat nama kelab bukan sahaja di liga tempatan, malah di persada Asia dan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Rekod JDT, fasiliti dan cara pengurusan dapat dilihat secara jelas dengan fakta. Tidak pernah ada tunggakan gaji, semangat yang tinggi dan telah membuahkan hasil.
“Bukan setakat peringkat liga tempatan sahaja, di Asia malahan seluruh dunia sudah mengenali JDT,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan bekas jurulatih pasukan kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan turut menyuarakan pandangan bahawa penglibatan Tunku Mahkota Johor adalah penting untuk memajukan FAM dan skuad Harimau Malaya.

Foto: Instagram Tunku Ismail

TMJ turut menyatakan bahawa FAM akan bekerjasama dengan baginda sekaligus mempamerkan bentuk kerjasama yang baharu dan lebih dinamik.

Melalui hantaran di media sosial September lalu, Tunku Ismail juga mencadangkan operasi berasingan bagi Harimau Malaya sambil mendedahkan cadangan struktur organisasi baharu bagi pasukan kebangsaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Safee Sali

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd